Kenapa Stereng Kereta Tegak, Tapi Stering Lori Rata?

Kenapa Stereng Kereta Tegak, Tapi Stering Lori Rata?

Kalau anda perhatikan dengan teliti, cara pemasangan stereng antara kereta dan lori memang sangat berbeza. Dalam kereta atau SUV, stereng biasanya condong ke arah pemandu dan kelihatan lebih tegak. Tapi dalam lori atau bas pula, stereng nampak lebih rata, sama seperti meja makan.

Ramai pembaca menyangka ini adalah sekadar perbezaan reka bentuk biasa. Hakikatnya, ia dibuat dengan sangat teliti berdasarkan cara manusia duduk, cara kenderaan bergerak, dan jenis kawalan yang diperlukan.

Posisi Duduk Menentukan Segalanya

Dalam kereta, posisi duduk pemandu biasanya lebih rendah dan sedikit bersandar ke belakang kusyen. Apabila dalam posisi ini, tangan kita secara semula jadi akan berada di depan dada. Jadi, stereng yang condong atau tegak lebih sesuai kerana ia berada dalam posisi yang mudah dicapai dan dikawal.

Sebaliknya dalam lori, pemandu duduk jauh lebih tinggi dan lebih tegak sama seperti duduk di kerusi pejabat. Tangan pula datang dari arah atas. Jadi, stereng yang lebih mendatar membolehkan tangan diletakkan dengan lebih selesa tanpa perlu angkat bahu atau bengkokkan pergelangan tangan secara pelik.

Kawalan Stering

Kereta direka untuk memberikan respons yang cepat dan tepat. Pergerakan kecil pada stereng boleh memberi kesan besar pada arah tayar. Sebab itu, posisi stereng yang lebih tegak membantu pemandu membuat pelarasan halus, terutamanya ketika mengambil selekoh atau membetulkan arah di laluan lurus lebuh raya.

Lori pula berbeza denganmembawa beban berat, kadang-kadang mencapai puluhan tan. Jadi kawalan yang diperlukan bukanlah tajam, tetapi stabil dan stabil. Stereng yang rata memberi leverage yang lebih baik. Pemandu boleh menggunakan lebih banyak tenaga dari bahu dan dada untuk memusing stereng dengan lebih mudah, walaupun dalam keadaan beban berat.

Ratio Stering: Cepat vs Perlahan

Satu lagi faktor penting ialah “steering ratio”, atau berapa banyak pusingan stereng diperlukan untuk membelokkan tayar sepenuhnya.

Steering ratio kereta penumpang biasanya lebih cepat. Hanya beberapa pusingan sudah cukup untuk mencapai sudut maksimum. Ini menjadikan kereta lebih responsif, tetapi juga memerlukan kawalan yang lebih tepat.

Dalam lori pula, steering ratio jauh lebih perlahan. Kadang-kadang perlu pusing stereng banyak kali untuk capai “full lock”. Ini dibuat untuk mengelakkan pergerakan yang terlalu agresif, kerana perubahan arah secara tiba-tiba pada kenderaan berat boleh jadi sangat berbahaya dan menyebabkan lori terbalik. Dalam situasi ini, stereng yang lebih mendatar membantu pergerakan tangan secara besar jadi lebih natural.

Faktor Keletihan (Fatigue) Pemandu

Kereta biasanya digunakan untuk perjalanan pendek atau sederhana. Walaupun pemandu perlu buat banyak pelarasan kecil, stereng yang tegak membantu mengurangkan tekanan pada pergelangan tangan dan memudahkan kawalan.

Sebaliknya, pemandu lori memandu berjam-jam setiap hari. Sekiranya posisi stereng sama seperti kereta, tangan dan bahu akan cepat lenguh. Dengan stereng yang lebih rata, tangan boleh berehat di atasnya, dan pergerakan jadi lebih santai untuk tempoh yang panjang.

Perbezaan sudut stereng antara kereta dan lori bukanlah kebetulan. Ia adalah hasil gabungan ergonomik manusia, keperluan kawalan, dan sifat fizikal kenderaan itu sendiri. Kereta direka untuk respons pantas dan kawalan yang tepat, jadi sterengnya lebih menegak. Lori pula dibina untuk kestabilan, kekuatan, dan pemanduan jarak jauh, jadi sterengnya lebih mendatar.


Scroll to Top