Trending
Syida Melvin fail cerai terhadap suami sejak Disember lalu. Usaha berdamai gagal, kes kini dalam prosiding mahkamah.
Pelakon, Syida Melvin dilaporkan telah memfailkan penceraian terhadap suaminya, Syafiq Azim di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, Selangor sejak Disember tahun lalu.
Menurut laporan mStar, perkara itu disahkan oleh peguamnya, Nurul Jamaliah yang memaklumkan bahawa prosiding kes masih berjalan di mahkamah.
Syida yang failkan cerai pada Disember tahun lalu, tapi sebutan pertama baru dijalankan pada 2 April lalu.
Usaha berdamai pernah dilakukan

Menurut peguamnya lagi, kes tersebut sebelum ini pernah ditangguhkan bagi memberi ruang kepada usaha perdamaian antara pasangan berkenaan.
Namun, usaha itu tidak berjaya apabila Syida dilihat nekad untuk meneruskan penceraian.
Kalau ikutkan perbicaraan pernah ditangguhkan sekali kerana dengan niat ingin berdamai tetapi Syida nekad untuk teruskan (penceraian) juga.
Perkahwinan 6 tahun, Syida Melvin dikurniakan tiga cahaya mata

Untuk rekod, Syida atau nama sebenarnya Nur Syifa Assyidda Amirol Melvin, 29, mendirikan rumah tangga dengan Mohamad Syafiq Azim Shaheen pada 19 Januari 2019.
Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Safa Safeera, Sara Sajedda dan Serhan Isa.
Pssttt! Setiap rumah tangga ada ujian tersendiri. Jika perpisahan jadi jalan terakhir, lakukan dengan matang demi kebaikan semua terutama anak-anak.
Kredit: mStar
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.




