Nama pelakon terkenal, Aedy Ashraf tiba-tiba jadi perhatian selepas satu perkongsian panas dimuat naik di Threads miliknya.
Ayat yang digunakan memang padu dan terus buat ramai tertanya-tanya apa sebenarnya yang sedang berlaku.
Dalam posting tersebut, Aedy seolah-olah memberi amaran keras kepada seseorang, siap sebut tentang “darah tumpah” dan “muka pecah” yang terus buat netizen terkejut dan mula berspekulasi.
Ayat keras Aedy Ashraf jadi bualan

Silap langkah, darah tumpah, muka pecah! 1v1 bak datang! Aku lama tak naik kaki ni! Jangan cuba test!!!!!- Tulisnya.
Perkongsian itu cepat mendapat perhatian ramai, termasuk rakan artis yang turut meninggalkan komen bersahaja dan seolah-olah memahami situasi tersebut.
Ada yang membalas dengan nada santai seperti mencabar secara berdepan, malah ada juga yang bertanya sama ada semuanya dalam keadaan okay.
Netizen mula buat andaian

Di ruangan komen, netizen pula mula membuat pelbagai andaian. Ada yang anggap ini sekadar gurauan sesama kawan, tapi ada juga yang rasa macam ada sesuatu yang lebih serius di sebaliknya.
Apa pun, gaya ayat yang digunakan memang cukup ‘keras’ sampai berjaya tarik perhatian ramai dalam masa singkat.
Ada kaitan dengan Tarung Unforgiven?
Dalam masa sama, ramai juga mula mengaitkan situasi ini dengan filem aksi terbaru Tarung Unforgiven yang bakal ditayangkan tidak lama lagi.
Filem ini memang berkisar tentang dunia pertarungan underground yang penuh emosi, dendam dan tekanan hidup, jadi tak pelik kalau aura ‘panas’ itu terbawa sekali ke luar layar.
Pssttt! Kadang-kadang apa yang kita nampak di media sosial tak semestinya seperti yang kita sangka. Korang chill dulu, jangan cepat buat andaian. Tunggu je cerita penuh nanti, baru kita nilai sama-sama.
Kredit: Threads
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!




