Anak Hidap Autism Tahap Dua, Azza Elite Pilih Tolak Undangan Rumah Terbuka

Anak Hidap Autism Tahap Dua, Azza Elite Pilih Tolak Undangan Rumah Terbuka

Pelakon dan penyanyi Azza Elite berkata dia memilih untuk menolak jemputan ke rumah terbuka kerana bimbang anaknya, Adam menimbulkan rasa kurang senang terhadap tuan rumah dan tetamu.

Menerusi perkongsian di Threads, Azza berkata dia anaknya yang didiagnos autisme ringan tahap dua perlukan lebih perhatian dan bagi mengelakkan perkara tidak diingini berlaku.

BACA: Lambat Siapkan Tempahan Sejadah, Azza Elite Kecewa Dimaki Azwan Ali

“Ada rumah terbuka kalau buat di rumah saya minta maaf tak hadir, saya risau kehadiran saya dan Adam akan timbulkan rasa tak best sebab Adam autism.

“Karang dia usik pemainan apalah, jadi saya memang ambil keputusan tidak hadir mana-mana rumah terbuka yang dibuat di dalam rumah. Kalau ada khemah tak apa sebab saya tahu Adam behave.

“Tapi dia masih budak autisme, jadi nampak mainan kang dia ambil macam mana, baik saya atau suami tak payah datang. Saya pun tak boleh kalau orang mengata dan marah anak saya,” tulisnya.

Sementara itu, Azza turut berkongsikan kejadian menyentuh hati kerana ada tidak ramai memahami keadaan anak istimewanya yang kini berusia lapan tahun.

“Saya nampak saja orang rampas mainan dari anak saya sebab Adam tengah main. Budak-budak lain tak nak kawan dengan anak saya sebab dia autism.

“Kasihan anak saya, mainan kereta jangan cakaplah mak dia Azza Elite kut selambak dekat rumah ini,” katanya.

Dalam pada itu, Azza berkata dia lebih rela duduk di rumah atau membawa anaknya ke tempat-tempat yang dirasakan sesuai untuk Adam.


Scroll to Top