14 April 2026 07:20am
Masa membaca: 4 minit

Piers Morgan (kiri) mahu Arsenal membalas ejekan City dengan kejuaraan EPL. Foto Agensi
WARTAWAN terkenal dan penyokong tegar Arsenal, Piers Morgan tidak berdiam diri selepas tular aksi penyokong Manchester City yang selamba minum daripada botol berlogo kelab kesayangannya.
Rakaman di Stamford Bridge itu mencuri perhatian dan mengundang pelbagai reaksi, terutama dalam kalangan penyokong The Gunners.
Kekalahan 1-2 Arsenal kepada Bournemouth sehari sebelum itu menambah ‘panas’, sekali gus membuka ruang buat City merapatkan jurang kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL).
City kemudian mengesahkan tekanan apabila menewaskan Chelsea 3-0 dan kini hanya enam mata di belakang Arsenal dengan satu perlawanan dalam tangan.
Morgan terus memuat naik semula video berkenaan di platform X dengan mesej tajam buat pengurus, Mikel Arteta.
“Balasan terbaik adalah kejayaan besar,” katanya memetik kata-kata Frank Sinatra.
Arsenal kini wajib bangkit di Etihad minggu depan dalam perlawanan yang mampu menentukan nasib kejuaraan mereka.
Tewas di Etihad boleh mengubah segala-galanya dan memberi kelebihan besar kepada City.



