Harian Metro bawa pulang dua anugerah media SPRM

Harian Metro bawa pulang dua anugerah media SPRM

mhafis@mediaprima.com.my

Kuala Lumpur: Harian Metro (HM) memenangi tempat kedua bagi dua kategori dipertandingkan pada Malam Anugerah Media Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke-6, hari ini.

Pengarang Berita HM, Mohd Jamilul Anbia Md Denin dan Wartawan Nurul Hidayah Bahaudin menerima Anugerah Penerbitan Artikel Terbaik menerusi laporan bersiri, Di Sebalik Tabir Operasi Bahagian Pencegahan SPRM dan Tukang Belakang Perang Menentang Rasuah.

Sementara wartawan Asrizal Aris yang menghasilkan bahan bertajuk Pengawas SPRM: Wira Di Sebalik Tabir memenangi tempat kedua Kandungan Media Sosial Terbaik.

Mereka masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai RM8,000 bersama plak dan sijil penghargaan.

Selain itu, wartawan Berita Harian (BH) M Hifzuddin Ikhsan dan Mohd Abdul Ilah Hafiz Abdul Aziz merangkul tempat ketiga bagi Kategori Penerbitan Artikel Terbaik, manakala Siti Khadijah Jaafar (TV3) pemenang tempat ketiga Kandungan Media Sosial Terbaik.

Semua anugerah disampaikan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki.

Anugerah Media SPRM 2025 mula diperkenalkan apda 2020, bertujuan mengiktiraf karya kewartawanan berkaitan dengan isu rasuah.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top