Artis wanita tidak daftar anak-anak di JPN?

Artis wanita tidak daftar anak-anak di JPN?

Aduhai, makin hari makin panas cerita yang sampai ke telinga Cik Bunga ini. Kali ini, melibatkan seorang pelakon wanita, kalau sebut nama memang orang kenal.

Dengar khabarnya, pelakon ini dikatakan menyimpan satu rahsia besar tentang anak-anaknya sendiri. Bukan satu, tapi lebih daripada itu. Yang jadi persoalan, ada yang mendakwa anak-anak tersebut tidak pernah didaftarkan secara rasmi. Betulkah begitu?

Kalau ikut cakap orang lama, biasanya isu macam ini ada dua kemungkinan. Sama ada perkahwinan ibu bapanya berlaku di luar negara dan belum didaftarkan semula atau, hmm, yang satu lagi itu

Cik Bunga tidak sanggup hendak sebut panjang-panjang. Faham-faham sajalah.

Yang lebih menyentuh hati, salah seorang anaknya dikatakan memerlukan perhatian khas kerana masalah perkembangan, ada penyakit autisme. Sepatutnya, dalam keadaan begini, urusan dokumentasi dan kebajikan anak perlu diutamakan. Tapi nampaknya, si ibu ini lebih selesa berdiam diri.

Ada juga cerita kononnya pernah ada pihak yang ingin membantu menyelesaikan isu pendaftaran tersebut. Namun, pelakon ini dikatakan menolak dengan alasan, “Mahu bincang dengan peguam saya.” Wah, tinggi benar temboknya.

Cik Bunga juga terdengar cerita bahawa sebelum pelakon ini mendirikan rumah tangga secara rasmi, sudah ada kelibat kanak-kanak di rumahnya. Tapi semuanya disorok rapi, seolah-olah mahu menjaga imej ‘single’. Sampai begitu sekali?

Yang kasihannya, keluarga sendiri pun dikatakan sudah penat menasihati. Dari lembut sampai tegas, semuanya tidak diendahkan. Akhirnya, mereka memilih untuk berdiam diri daripada terus bergolak.

Entahlah, dalam mengejar nama dan reputasi, jangan sampai yang paling penting dalam hidup terabai. Anak-anak adalah amanah untuk dijaga. Mereka pula semakin membesar, apa pula nasib mereka pada masa akan datang?

Cik Bunga harap, kalau benar ada perkara yang tidak kena, cepat-cepatlah diperbetulkan. Jangan nanti bila semuanya terbongkar, yang terkesan bukan sahaja diri sendiri, tapi masa depan anak-anak juga.

Scroll to Top