Terkini Mengenai Kes Pasangan Buat Perkara Tak Senonoh Di Kubur Batu Gantung | Trending – Oh! Media

Terkini Mengenai Kes Pasangan Buat Perkara Tak Senonoh Di Kubur Batu Gantung | Trending – Oh! Media

Trending

Pasangan kes kubur Batu Gantung dibebaskan Mahkamah Tinggi Pulau Pinang selepas hukuman 12 bulan diketepikan tapi sabitan bersalah kekal.


Mahkamah Tinggi Pulau Pinang hari ini membebaskan pasangan yang sebelum ini dihukum penjara 12 bulan atas kesalahan berkelakuan tidak senonoh di kubur Cina, Batu Gantung, Ayer Itam bulan lalu.

Menurut laporan Harian Metro, keputusan itu dibuat selepas hakim Rofiah Mohamad membenarkan semakan hukuman yang difailkan pihak pembelaan terhadap pasangan M Jegathesan, 58, dan Halila Abu Bakar, 37.

Hukuman 12 bulan diketepikan, tapi sabitan kekal

Mahkamah

Mahkamah memutuskan untuk mengetepikan hukuman penjara 12 bulan yang dijatuhkan sebelum ini oleh Mahkamah Majistret.

Namun begitu, sabitan bersalah terhadap kedua-dua tertuduh tetap dikekalkan, dengan hukuman baharu ditetapkan berdasarkan tempoh tahanan reman.

Hukuman 12 bulan penjara diketepikan namun sabitan ke atas kedua-dua tertuduh dikekalkan dan digantikan dengan hukuman pemenjaraan daripada tarikh tangkap sehingga tarikh hari ini.

Pasangan buat perkara tak senonoh di kubur mengaku bersalah

Kubur

Untuk rekod, pada 26 Mac lalu, kedua-dua tertuduh mengaku bersalah di Mahkamah Majistret atas perbuatan tersebut.

Mereka didapati melakukan perbuatan lucah melampau di kawasan tanah perkuburan Cina, yang merupakan kawasan awam di Batu Gantung, Ayer Itam pada jam 8.30 pagi, 22 Mac.

Kes ini didakwa mengikut Seksyen 377D Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34, yang membawa hukuman penjara sehingga dua tahun.

Pssttt! Setiap tindakan ada akibatnya, walaupun hukuman boleh berubah, kesan dan rekod tetap kekal. Hormati ruang awam dan jaga batas dalam kehidupan.

Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Scroll to Top