KP Jupem dituduh di mahkamah esok

KP Jupem dituduh di mahkamah esok

Kuala Lumpur: Ketua Pengarah Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (Jupem) akan didakwa di Mahkamah Sesyen, di sini, esok berkaitan kes penyelewengan dana.

Berdasarkan semakan sistem mahkamah, pertuduhan terhadap lelaki itu akan dibacakan di hadapan Hakim Suzana Hussin pada 9 pagi.

Pada 17 April lepas, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki berkata ketua pengarah dan seorang pegawai kanan Jupem yang terlibat dalam siasatan penyelewengan dana berjumlah RM900,000, akan didakwa di mahkamah pada Rabu atau Khamis ini.

Pada 11 Feb, SPRM menahan dua pegawai kanan sebuah jabatan agensi kerajaan termasuk seorang ketua pengarah, kerana disyaki bersubahat menyeleweng dana berkenaan untuk kepentingan peribadi.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top