Wanita marah kru Air Asia tidak cakap Mandarin minta jangan ganggu keluarga

Wanita marah kru Air Asia tidak cakap Mandarin minta jangan ganggu keluarga
Wanita marah kru Air Asia tidak cakap Mandarin minta jangan ganggu keluarga

Wanita berkenaan tampil menjawab persoalan ramai.- Agensi

KUALA LUMPUR – Wanita yang menjadi tumpuan dalam insiden pertengkaran di dalam pesawat AirAsia tampil memberi penjelasan susulan video kejadian itu tular di media sosial.

Dalam beberapa video yang dimuat naik baru-baru ini, wanita berkenaan menegaskan agar orang ramai tidak melibatkan atau mengganggu keluarganya susulan insiden tersebut.

Beliau turut menafikan bahawa dirinya bertanggungjawab sepenuhnya terhadap pertikaian yang berlaku dalam penerbangan tersebut.

Sebelum ini, rakaman video menunjukkan wanita itu mengamuk dalam penerbangan dari Chongqing ke Kuala Lumpur menjadi tular selepas dilihat mendesak seorang kru penerbangan untuk berkomunikasi dengannya dalam bahasa Mandarin.

Insiden itu mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen dengan sebahagian mengkritik tindakannya yang dianggap tidak wajar terhadap kru kabin.

Insiden itu dilaporkan berlaku pada 22 April 2026 untuk tujuan penerbangan dari Chongqing ke Kuala Lumpur.

Setakat ini, tiada kenyataan rasmi dikeluarkan oleh pihak syarikat penerbangan berhubung insiden tersebut, manakala punca sebenar pertikaian masih belum diperincikan sepenuhnya. – Agensi

Scroll to Top