Piala Uber: Beregu muda negara tewaskan pasangan Jepun ranking ketujuh dunia

Piala Uber: Beregu muda negara tewaskan pasangan Jepun ranking ketujuh dunia
Piala Uber: Beregu muda negara tewaskan pasangan Jepun ranking ketujuh dunia

Aksi Low Zi Yu dan Nor Aqilah Maisarah ketika menentang Rin Iwanaga dan Kim Nakanishi dalam Kumpulan B kejohanan Piala Thomas dan Uber yang berlangsung di Horsens, Denmark. – FOTO: Bernama

KUALA LUMPUR – Beregu muda negara, Low Zi Yu, 16, dan Nuraqilah Maisarah Ramdan, 18, mencipta sensasi di Piala Uber di Horsens, Denmark apabila menewaskan pasangan Jepun yang berada di ranking ketujuh dunia dalam satu perlawanan dramatik pagi tadi.

Turun sebagai pasangan bukan pilihan diranking ke-143 dunia, kedua-dua pemain remaja itu mempamerkan aksi berani untuk menundukkan lawan Ria Iwanaga-Kie Nakanishi yang jauh lebih berpengalaman.

Walaupun berdepan tekanan di pentas besar, Zi Yu dan Nuraqilah menunjukkan kematangan luar biasa apabila mengawal tempo permainan serta bijak memanfaatkan kesilapan pihak lawan untuk menyumbang satu mata bagi skuad wanita negara.

Pada ketika ini, skuad Jepun sedang mendahului skuad Malaysia 3-1 dengan perlawanan terakhir melibatkan perseorangan negara, Goh Jin Wei.

Walaupun secara keseluruhannya sudah tewas ditangan Jepun, namun skuad Uber negara akan mengiringi Jepun ke peringkat seterusnya selepas berada ditempat kedua kumpulan B.

Scroll to Top