Sambut Raya Bersama, Puteri Sarah Berbaik Dengan Syamsul Yusof

Sambut Raya Bersama, Puteri Sarah Berbaik Dengan Syamsul Yusof

Pelakon Puteri Sarah berkata dia kini menjalin hubungan baik dengan bekas suaminya, Syamsul Yusof demi anak-anak, Syaikhul dan Sumayyah.

Memetik mStar Online, Puteri Sarah berkata dia mahu terus ke hadapan dan apa yang sudah terjadi biarkan berlalu.

BACA: Yusof Haslam Doakan Puteri Sarah Segera Bertemu Jodoh 

“Saya tak mahu ulas lebih lanjut, kita ‘move on’ sahaja. Masing-masing sudah ada fokus sendiri. Apa yang sudah jadi, biarlah terjadi.

“Hubungan kami tetap baik kerana kami mengamalkan ‘co-parenting’. Tiada masalah dalam menguruskan anak. Kita tak nak ada masalah di kemudian hari.

“Hari Raya tempoh hari, dia turut beraya bersama anak. Pada hari raya kedua saya juga turut meraikan bersama keluarganya,” katanya.

Sementara itu, Puteri Sarah meluahkan rasa bersyukur dan gembira melihat bekas suaminya kembali kepada ibu bapanya.

“Alhamdulillah, memang gembira melihat mereka kembali berbaik. Itu yang diharapkan semua pihak sejak awal,” katanya.

Ditanya mengenai jodoh, dia kini mahu memberi fokus  kepada perniagaan selepas berjaya memiliki kilang sendiri untuk menghasilkan produk.

“Jodoh, ajal dan maut semuanya ditentukan Allah. Doakan yang terbaik. Tapi memandangkan perniagaan saya semakin membesar dan sudah mempunyai kilang sendiri, saya mahu fokus untuk mengembangkannya lagi,” katanya.

Sumber: mStar Online


Scroll to Top