Ibu kepada, Syed Saddiq iaitu Sharifah Mahani menjadi perhatian apabila memuji masakan bakal menantunya, Bella Astillah dalam rumah terbuka yang diadakan oleh Ahli Parlimen Muar itu.
Menerusi satu hantaran Threads, seorang netizen meluahkan rasa terharu apabila melihat Bella dihargai serta mendapat kasih sayang dari orang sekeliling.
BACA: Syed Saddiq, Bella Astilah Saling ‘Payungkan’ Antara Satu Sama Lain Jadi Perhatian
“Rasa terharu sangat tengok video ini. Bella betul-betul dihargai dan dapat kasih sayang dari insan yang benar-benar menyayangi dia dengan sepenuh hati,” tulisnya.
Sementara itu, dalam satu video dikongsikan ibu Syed Saddiq memuji laksa yang dimasak oleh Bella memuji bakal menantunya itu pandai memasak.
“Sedap sangat agaknya Laksa Bella ini sampai Mama Syed Saddiq puji melambung kata sedap sangat-sangat. Bella memang pandai masak,” tulisnya.




