Rai kepercayaan pelanggan

Rai kepercayaan pelanggan

suliati@hmetro.com.my

Johor: Kepercayaan pelanggan selama sedekad bukan sekadar diraikan, sebaliknya diterjemahkan melalui ganjaran bernilai tinggi apabila Season Optical menganjurkan cabutan bertuah istimewa sempena ulang tahun ke-10 syarikat itu di Paradigm Mall Johor Bahru, baru-baru ini.

Acara berskala besar berkenaan menawarkan hadiah keseluruhan bernilai RM200,000 termasuk hadiah utama sebuah Proton e.MAS 5.

Selain itu, pemenang turut berpeluang menikmati pengalaman eksklusif makan malam peribadi bersama cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob yang bukan sahaja akan menyediakan hidangan istimewa, malah hadir sendiri memasak dan menjamu pemenang utama di kediaman mereka.

Cabutan bertuah itu turut menampilkan pelbagai hadiah menarik termasuk barangan elektrik serta hadiah premium seperti beg tangan mewah daripada Alexandra Michelle, sekali gus memberikan keterujaan tambahan kepada peserta sepanjang acara berlangsung.

Lebih bermakna, program itu turut membawa nilai lebih besar menerusi sumbangan 100 pasang cermin mata hitam secara percuma kepada warga emas berusia 60 tahun ke atas sebagai usaha kecil menghargai komuniti.

Pengasas Season Optical Calvin Chung Tet Chee berkata, acara berkenaan bukan sekadar platform untuk memberi ganjaran, sebaliknya menjadi simbol penghargaan terhadap kepercayaan pelanggan yang menjadi tunjang kekuatan syarikat sejak penubuhannya pada 2015.

Menurutnya, kepercayaan pelanggan sepanjang 10 tahun lalu adalah kekuatan utama Season Optical untuk terus berkembang.

“Kami akan terus mempertingkatkan kualiti produk dan tahap perkhidmatan bagi memastikan setiap pelanggan menikmati pengalaman yang terbaik.

“Pada masa yang sama, kami turut komited untuk membawa lebih banyak inovasi ke pasaran termasuk cermin mata berteknologi kecerdasan buatan (AI) serta rekaan yang lebih bergaya supaya pelanggan sentiasa selangkah ke hadapan dalam mengikuti perkembangan trend semasa.

“Antara inovasi yang kini diperkenalkan termasuk cermin mata pintar berteknologi AI seperti Rokid dan Lenovo yang boleh didapati di cawangan-cawangan Season Optical,” katanya.

Dengan 26 cawangan di Johor, Lembah Klang dan Sarawak, Season Optical terus komited menyediakan penyelesaian penglihatan berkualiti tinggi pada harga mampu milik, berteraskan konsep mesra keluarga menerusi slogan Together, We See Better.

Melangkah ke hadapan, Season Optical yang ditubuhkan pada 2015 merancang memperluaskan lagi pilihan cermin mata dan kanta mampu milik selain meneroka inovasi baharu termasuk teknologi AI, di samping memperkukuh inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) bagi memberi impak lebih besar kepada masyarakat.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top