Siasatan Hantaran Menghina Sultan Selangor Diambil Alih Bukit Aman

Siasatan Hantaran Menghina Sultan Selangor Diambil Alih Bukit Aman

Trending

Tindakan menghina Sultan Selangor adalah perbuatan jahat, melampau dan tidak bertanggungjawab.


Hantaran jelik di media sosial yang memaparkan suntingan gambar menghina Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengundang kemarahan ramai.

Terkini! Kes itu telah diambil alih oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas Bukit Aman.

Bukit Aman ambil alih siasatan kes

Bukit Aman
Kredit foto Berita HarianIlah Hafiz Aziz

Memetik laporan Harian Metro, Ketua Polis Selangor, Shazeli Kahar memaklumkan beberapa laporan polis telah diterima dan kertas siasatan sudah dibuka.

Pada peringkat awal, kes ini disiasat oleh Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam dan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor.

Tetapi memandangkan kepada darjah keseriusan kes ini, pihak Bukit Aman mengambil alih siasatan itu yang sedang dikendalikan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas Bukit Aman.

Dalam masa sama, Ahli Dewan di-Raja Selangor, Datuk Salehuddin Saidin turut meluahkan rasa kesal dan mengecam tindakan tersebut.

Katanya, tindakan itu satu perbuatan jahat, melampau dan tidak bertanggungjawab.

Tambahnya lagi, perbuatan juga jelas mengkhianati prinsip Rukun Negara dan melanggar lunas undang-undang yang berkuat kuasa.

Malah, kandungan bersifat provokasi ini berupaya menggugat keselamatan dan ketenteraman awam.

Pssttt! Media sosial bukan tempat untuk lepaskan kemarahan tanpa batas. Hormat itu penting, lebih-lebih lagi bila melibatkan institusi negara.

Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Scroll to Top