MB Johor mengadap Agong, sembah taklimat negeri Johor

MB Johor mengadap Agong, sembah taklimat negeri Johor

Johor Bahru: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan menerima mengadap Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi.

Dalam pertemuan hari ini, Seri Paduka Baginda dipersembahkan dengan taklimat terperinci mengenai perkara berkaitan pembangunan negeri, kesejahteraan rakyat dan isu semasa.

Menurut hantaran di laman Facebook rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, sesi mengadap itu berlangsung di Istana Pasir Pelangi, di sini.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top