Washington: Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Rabu berkata, rundingan dengan Iran kini diteruskan melalui telefon, lapor Anadolu Ajansi.
“Kami sedang berbincang dengan mereka sekarang, dan kami tidak lagi terbang dengan penerbangan 18 jam setiap kali kami mahu melihat sekeping kertas. Kami melakukannya secara telefon,” kata Trump kepada pemberita di Rumah Putih.
Iran dan AS mengadakan perbincangan di ibu negara Pakistan, Islamabad pada 11 April namun gagal mencapai persetujuan untuk menamatkan perang yang bermula pada 28 Februari.
Rundingan itu menyusuli gencatan senjata selama dua minggu yang diusahakan oleh Pakistan pada 8 April, yang kemudiannya dilanjutkan oleh Trump.
Trump membatalkan rancangan perjalanan utusan khas Steve Witkoff dan Jared Kushner ke Islamabad hujung minggu lalu.
Beliau mengulangi bahawa sebarang perjanjian akan bergantung pada Iran sepenuhnya untuk mengabaikan cita-cita menghasilkan senjata nuklear.
© New Straits Times Press (M) Bhd




