Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhammad Akmal Saleh menyelar penganjuran Pesta Air 2026 yang berlangsung di Bukit Bintang dan mendakwa ia tidak memberi manfaat.
Gesa penganjuran tersebut dibatalkan
Menerusi kenyataan lantang beliau di media sosial, Dr Akmal menggesa Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk tidak membenarkan pengajuran pesta air tersebut dan mengaitkan perkara itu dengan pembatalan rumah terbuka anjuran kementerian pada Hari Raya Aidilfitri tempoh hari.
“Kepada YAB Perdana Menteri,
YAB membatalkan semua rumah terbuka anjuran kementerian sebelum ini atas alasan dasar penjimatan, kami boleh terima walaupun tujuan rumah terbuka itu boleh menjamu rakyat makan dan memberi rezeki pada vendor-vendor makanan yang lain.
Tetapi persoalan saya, kepada YAB PMX kenapa pesta air ini tidak dibatalkan sekali?” soalnya.
“Adakah pesta air lebih bernilai daripada majlis rumah terbuka?”
Dalam pada masa yang sama, beliau juga bertanyakan sama ada pesta air tersebut lebih bernilai berbanding rumah terbuka, termasuk langkah penjimatan yang diwar-warkan sebelum ini.
“Adakah pesta air ini lebih bernilai daripada majlis rumah terbuka? Adakah langkah penjimatan yang dicadangkan oleh kerajaan tidak terpakai untuk pesta air ini?
“Adakah pesta air ini tidak membazirkan air?
“Sedangkan kerajaan sibuk berusaha buat pembenihan awan untuk menambah kapasiti air,tetapi kementerian pelancongan sibuk buat pesta air yang membazirkan air,” soalnya lagi.

Beliau turut melontarkan pertanyaan kepada Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Zulkifli Hasan dan Mufti Wilayah Persekutuan, Sahibul Samahah Ustaz Ahmad Fauwaz Fadzil berkenaan pendiriannya mengenai pesta air tersebut.
Dr Akmal juga menggesa Perdana Menteri untuk membatalkan penganjuran tersebut kerana mengaggap ia adalah salah satu cadangan yang tidak wajar..
“Saya nak tanya juga kepada menteri agama, apakah pendirian menteri agama dan mufti wilayah tentang pesta air ini,
“Mohon YAB PMX batalkan lah pesta air ni
“Pesta air ini adalah cadangan yang paling bodoh pernah diberikan
“Buang sahaja lah menteri pelancongan ni wahai YAB PMX,” katanya.

Difahamkan, Pesta Air 2026 yang dijadual berlangsung selama tiga hari bermula 30 April hingga 2 Mei di kawasan tumpuan pelancong, Bukit Bintang.
Sumber: Facebook Akmal Saleh




