Pengacara dan penyampai radio, Datuk Aznil Nawawi terpanggil untuk menjawab pertanyaan seorang individu yang mengenai bagaimana golongan selebriti menunaikan ibadah solat terutamanya ketika berada di sebuah acara terkemuka.
Menerusi ciapan balas di platform Threads miliknya, Aznil, 64, berkongsi caranya yang mengambil air wuduk terlebih dahulu sebelum wajahnya memakai sebarang solekan.
“Tak apa kita jawab sebab dia tak tahu dan boleh tolong elak fitnah. Kalau saya, selalunya saya ambil wuduk dulu kemudian baru ‘makeup’.
“Sebab lelaki lebih senang bila masuk waktu terus solat walaupun separuh siap,” katanya.

Sebelum ini, penyanyi, Sissy Imann turut berkongsi pandangan sama mengenai isu tersebut.
Artikel Berkaitan: “Kalau Saya Memang Ambil Wudhu Sebelum Make Up, Masuk Waktu Terus Solat” – Sissy Imann




