Usahawan tertekan? Azizan Osman perkenal “Potensi 2026” sebagai jalan keluar

Usahawan tertekan? Azizan Osman perkenal “Potensi 2026” sebagai jalan keluar

Keadaan ekonomi yang semakin mencabar ketika ini sememangnya membuatkan para usahawan memerlukan sokongan untuk terus bertahan dan mampu mengurus perniagaan dengan baik.

Susulan daripada itu, mentor usahawan terkenal, Azizan Osman bersama RichWorks telah melancarkan Program “Potensi 2026: Kenali & Kuasai Potensi Diri, Wang dan Bisnes”  sebagai usaha memperkasakan komuniti usahawan tempatan.

Program berlangsung Mei

Difahamkan, program yang dijadual berlangsung pada Mei ini memberi fokus kepada pembangunan dalaman usahawan termasuk aspek pemikiran, kewangan dan strategi perniagaan agar lebih bersedia menghadapi ketidaktentuan ekonomi semasa.

Pendekatan bukan sekadar teori

Penganjur juga memaklumkan ramai usahawan kini berdepan tekanan kos operasi, aliran tunai serta perubahan pasaran yang pantas, sekali gus menjadikan inisiatif ini relevan.

Jadi, pendekatan yang dibawa ini bukan sekadar teori, sebaliknya memberi penekanan kepada tindakan praktikal serta perubahan mindset supaya usahawan mampu menyesuaikan diri dalam situasi ekonomi tidak menentu.

Program ini turut bertujuan membina keyakinan dan ketahanan mental agar peserta tidak mudah berputus asa ketika berdepan cabaran perniagaan.

Dalam perkembangan sama, RichWorks turut mencatat pencapaian membanggakan apabila menerima pengiktirafan daripada Malaysia Book of Records sebagai penyedia program pementoran keusahawanan PMKS terbesar di negara. Pengiktirafan itu diberikan selepas 4,302 usahawan di bawah bimbingannya sejak 2021 hingga Februari 2026 berjaya menjana jualan terkumpul sebanyak RM15.1 bilion.

Menurut Azizan Osman, pencapaian tersebut bukan sekadar angka tetapi mencerminkan perubahan menyeluruh dalam kalangan usahawan dari segi mindset, kepimpinan dan strategi bisnes.

“Pencapaian itu bukan sekadar angka, tetapi mencerminkan perubahan menyeluruh yang dialami usahawan dari segi mindset, kepimpinan dan strategi bisnes,” katanya.

Kejayaan lahir dari tindakan konsisten

Beliau turut menegaskan kejayaan itu lahir daripada tindakan konsisten serta kesungguhan usahawan untuk terus berkembang walaupun dalam keadaan ekonomi mencabar.


“Kejayaan tersebut lahir daripada tindakan konsisten para usahawan yang mengikuti bimbingan serta kesungguhan mereka untuk berkembang dalam persekitaran ekonomi yang mencabar,” ujarnya.

Melalui pendekatan holistik merangkumi aspek dalaman, kewangan, pemasaran dan operasi, inisiatif ini dilihat mampu membantu lebih ramai usahawan tempatan kekal relevan dan terus berkembang walaupun berdepan tekanan ekonomi yang semakin kompleks

Scroll to Top