Macam babak filem! Kereta ibu bapa mentua Uyaina Arshad dihentam penjenayah disyaki bawa dadah

Macam babak filem! Kereta ibu bapa mentua Uyaina Arshad dihentam penjenayah disyaki bawa dadah

Pelakon dan pengacara, Uyaina Arshad meluahkan rasa syukur apabila ibu bapa mentuanya terselamat dalam satu kemalangan jalan raya yang berlaku malam tadi.

Menerusi perkongsian di Threads, pemilik nama sebenar Saidatul Naseha Uyaina Arshad, 34, berkata kejadian tersebut hampir bertukar menjadi tragedi besar namun mereka diselamatkan Allah SWT.

“Bangun pagi dengan rasa sangat bersyukur.
“Apa yang jadi malam tadi boleh bertukar menjadi tragedi.
“Terima kasih Ya Allah kerana melindungi orang-orang yang aku sayang. Terima kasih kerana masih meminjamkan mereka kepadaku,” katanya.

Menurutnya, kemalangan itu berlaku apabila sebuah kenderaan dipercayai dipandu penjenayah yang melarikan diri daripada pihak polis melanggar lampu isyarat merah sebelum merempuh kereta yang dinaiki ibu bapa mentuanya, Raja Syahiran, dengan kelajuan tinggi.

“Semuanya terasa seperti babak dalam filem.
“Polis sedang mengejar penjenayah yang membawa dadah. Penjenayah langgar lampu merah dan hentam kereta ibu bapa mentua saya dengan kelajuan tinggi.
“Alhamdulillah, syukur sangat mereka selamat,”luahnya di platform Threads.

Uyaina dalam masa sama menzahirkan rasa lega apabila semua ahli keluarga yang terlibat dilaporkan selamat.

Scroll to Top