Bekas personaliti televisyen, Nadia Annuar enggan mengambil pusing isu berkaitan sikap segelintir pasangan yang masih terperangkap dalam konflik bersama bekas suami atau bekas isteri walaupun hubungan sudah berakhir.
Kata Nadia, isu cemburu melibatkan pasangan baharu dan bekas pasangan tidak seharusnya berlaku, sebaliknya keutamaan perlu diberikan kepada kebajikan anak-anak.
“Dah tua-tua penat lah drama-drama ni. Boleh tak jadi parents yang rational walaupun dah berpisah.
“Just fikir about kebajikan anak je cukup. Pasangan baru pula tak payahlah nak cemburu dengan bekas kekasih/suami. Kalau aku masih nak dia, tak sempat pun sampai dekat kau,” katanya menerusi hantaran di Threads.

Dalam hantaran sama, Nadia mengakui adalah lebih baik jika perasaan cemburu dapat diatasi dengan komunikasi yang jelas dengan bekas isteri pasangan.
“Kalau cemburu sangat apa kata kau yang communicate dengan bekas isteri dia. Sesama perempuan. Kan senang? Bukan itu tak boleh, ini tak boleh. Penat tau!,” jelasnya.




