Marissa Dania dapat kata semangat, netizen doakan 'move on' bina masa depan

Marissa Dania dapat kata semangat, netizen doakan 'move on' bina masa depan

norhayati_nordin@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Anak kedua pelakon Norman Hakim dan bekas isteri, Abby Abadi iaitu Marissa Dania Hakim, 21, mendapat kata-kata semangat daripada netizen di media sosial yang mendoakannya untuk bangkit membina masa depan.

Menerusi hantaran beberapa foto terbaharu dimuat naik Marissa di Instagram (IG) didapati menarik perhatian ramai yang inginkan wanita muda ini ‘move on’ berikutan mempunyai pakej cantik dan ada sokongan kuat keluarga.

Terdahulu, Marissa didapati memberi bayangan terhadap kehidupan yang seindah mana pun dirancangkan untuk masa depan tetapi sebenarnya tidak ada siapa tahu mengenai apa akan berlaku nanti.

“Seindah apapun merencanakan masa depan, tetap sisihkan ruang ikhlas bahawa hari esok tetap di luar kehendak kita,” tulisnya berserta emoji hati berwarna putih.

Meninjau pada ruangan komen, rata-rata netizen tidak memberi kecaman kepada Marissa sebaliknya dilihat cuba memahami luahan itu termasuk memberi kata-kata semangat yang baik kepadanya untuk terus positif.

“Cantik Marissa. Semoga Allah permudahkan segala urusan dan kurniakan kebahagiaan,” komen netizen

“Bagus, walaupun ramai netizen pernah kecam dan hina tetapi dia tak balas jawab pun dan tutup komen,” kata seorang wargamaya.

“Jalan terus Marissa..jangan toleh belakang lagi, diri kamu sangat berharga untuk disayangi,” tulis pengguna media sosial.

“Perlahan-lahan cari dan bina masa depan yang cerah, kamu ada semuanya cantik manis dan sokongan family,” ujar seorang warganet.

Sebelum ini, Marissa berhadapan perbicaraan pengesahan lafaz cerai dan rujuk membabitkan dia dan suami, Ahmad Aslam Kasyfun Nazir Rashid atau Aslam 27, di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Pada 29 April lalu, difahamkan status Marissa dan Ahmad Aslam masih suami isteri, namun setakat ini Hakim Syarie, Nadia Khamis sudah mendengar keterangan daripada kedua-dua belah pihak yang berlangsung lancar.

Bagaimanapun peguam syarie, Muhammad Ammar Yaser Ahmad Nazri yang mewakili Ahmad Aslam memaklumkan keputusan mahkamah berhubung pengesahan lafaz cerai dan rujuk itu tidak dapat didedahkan dan akan diputus secara rasmi pada tarikh lain.

Pasangan Ahmad Aslam dan Marissa Dania berkahwin di Songkhla, Thailand pada 27 Disember 2023, namun pengesahan perkahwinan mereka dilakukan di mahkamah selepas setahun berumah tangga pada Mei tahun lalu.

Namun, difahamkan juga pernah berlaku lafaz cerai sebanyak dua kali terhadap Marissa iaitu pada 2024 dan tahun lalu serta pasangan ini kembali rujuk pada tahun sama (2024 dan 2025) serta permohonan pengesahan itu difailkan Ahmad Aslam selaku plaintif pada 10 Mac lalu.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top