Muzik majlis kahwin terlampau kuat, 140 ayam mati terkejut

Muzik majlis kahwin terlampau kuat, 140 ayam mati terkejut
Muzik majlis kahwin terlampau kuat, 140 ayam mati terkejut

Bunyi muzik yang dimainkan DJ didakwa telah ‘mencetuskan panik’ di ladang ternakan ayam itu. – Foto Agensi

LUCKNOW – Siapa menyangka majlis perkahwinan yang meriah telah menyebabkan 140 ekor ayam mati di sebuah ladang ternakan berhampiran.

Kejadian itu berlaku di perkampungan Dariyapur, Sultanpur di Uttar Pradesh, India pada 25 April lalu.

Menurut polis, siasatan awal mendapati bunyi muzik yang dimainkan DJ terlalu kuat dipercayai menjadi punca insiden tersebut.

Pemilik ladang ternakan itu, Sabir Ali berkata, bunyi yang memekakkan telinga telah ‘mencetuskan panik’.

“Keadaan di ladang ternakan itu agak huru-hara hingga menyebabkan 140 ayam mati terkejut,” ujarnya.

Difahamkan, siasatan sedang dijalankan untuk menentukan punca sebenar kematian dan menentukan sama ada tahap bunyi yang terlalu bising semasa perarakan pengantin menjadi sebab utama.

Insiden itu turut menarik perhatian penduduk setempat dan menimbulkan kebimbangan mengenai muzik yang terlalu kuat semasa majlis perkahwinan dan impaknya bukan hanya kepada penduduk, tetapi juga kepada haiwan sekitar. – Agensi

 

 

Scroll to Top