Rezeki Berbadan Dua, Amira Othman Syukur Terus Diberi Peluang & Kepercayaan

Rezeki Berbadan Dua, Amira Othman Syukur Terus Diberi Peluang & Kepercayaan

Penyanyi, Amira Othman terus murah rezeki apabila masih menjadi pilihan pelbagai jenama meskipun kini sedang melalui fasa indah sebagai bakal ibu.

Amira yang tampil berseri ketika menghadiri sebuah majlis rumah terbuka di Shah Alam, baru-baru ini turut diumumkan sebagai wajah utama bagi pelancaran produk terbaharu sebuah jenama kecantikan tempatan.

Menurut Amira, dia bersyukur kerana masih diberikan peluang untuk bekerjasama dengan jenama yang memahami keperluan wanita termasuk golongan ibu mengandung.

“Bagi saya, penjagaan kulit bukan sekadar luaran tetapi tentang keyakinan diri. Saya bersyukur dapat bersama jenama ini kerana nilai yang dibawa sangat dekat dengan diri saya,” katanya.

Dalam majlis sama, jenama kecantikan Rissa Skin turut memperkenalkan produk terbaharu mereka iaitu Rissa Night Silk Cream.

Menurut Amira, produk tersebut sesuai digunakan oleh ibu mengandung kerana membantu memudarkan kesan regangan terutama di bahagian perut selain boleh digunakan secara menyeluruh pada kulit badan.

Sementara itu, pengasas Rissa Skin, Maam Nurul berkata, kepercayaan pengguna sentiasa menjadi keutamaan dalam membangunkan jenama tersebut.

“Kami bukan sekadar menjual produk, tetapi mahu membina perjalanan bersama pelanggan dan komuniti yang sentiasa menyokong kami,” ujarnya.

Produk Rissa Night Silk Cream diperkenalkan sebagai krim pelbagai fungsi yang membantu mencerahkan kulit, memberikan kelembapan mendalam selain memperbaiki tekstur dan keanjalan kulit.

Majlis yang berlangsung di Concorde Hotel Shah Alam itu turut dihadiri rakan media, pempengaruh serta pelanggan setia yang memeriahkan acara rumah terbuka berkenaan.

Sepanjang kerjasama bersama Amira, Rissa Skin turut mencatat pelbagai kejayaan menerusi kempen digital dan program komuniti yang mendapat sambutan memberangsangkan.

Majlis tersebut turut diserikan dengan persembahan eksklusif daripada Ameng Spring dan Bella Astillah yang berjaya mencuri perhatian tetamu.

Dengan pencapaian jualan yang kukuh, Rissa Skin kini dilihat semakin agresif memperluaskan pengaruhnya sebagai jenama kecantikan tempatan yang berpotensi menembusi pasaran serantau.

Artikel Berkaitan: Amira Othman Akhirnya Sahkan Kini Hamil Tujuh Bulan

Scroll to Top