Di tengah kesibukan rutin harian, ada ketikanya kita memerlukan ruang untuk sekadar ‘lari’ sekejap ke destinasi baharu bagi menyegarkan semula jiwa.
Dan kali ini, Firefly memudahkan lagi langkah pertama anda menerusi kempen terbaharu, “Your Next Getaway with Firefly”.
Inilah masa terbaik untuk mula merancang perjalanan, sama ada untuk pulang ke kampung sempena cuti perayaan Raya Haji mahupun bagi memenuhi deretan hujung minggu panjang yang bakal tiba tidak lama lagi.
Teroka permata domestik dan tarikan ASEAN

Sesuai dengan tema kempen, Firefly menawarkan rangkaian destinasi menarik yang membolehkan anda merasai pengalaman berbeza tanpa perlu berhadapan dengan kesesakan jalan raya.
Bagi peminat percutian dalam negara, anda boleh terbang terus ke destinasi kegemaran seperti Pulau Pinang untuk menikmati keaslian Char Kuey Teow yang menyelerakan dan menyusuri jalanan warisan yang penuh sejarah, mahupun bersantai di deretan kafe estetik yang menjadi ‘spot’ kegemaran ramai.
Jika anda lebih sukakan keindahan alam, Kota Kinabalu sedia menanti dengan pengalaman yang sukar dilupakan.
Daripada keindahan puncak Gunung Kinabalu hinggalah ke tepian pantai yang membiru jernih.
Semua ini kini lebih mudah diakses dengan tambang all-in sehala bermula dari RM88 sahaja.
Bagi yang mendambakan suasana antarabangsa, destinasi popular di Thailand seperti Krabi dan Phuket menawarkan pelarian sempurna untuk anda menikmati ketenangan di tepi laut atau sekadar bersantai di pantai pasir putih yang memukau.
Selain itu, anda juga boleh terbang terus ke Cebu untuk meneroka sejarahnya yang unik.
Sebagai satu lagi keunikan dalam rangkaian kembara Firefly, penerbangan terus dari Pulau Pinang ke Banda Aceh membuka ruang untuk anda menyelami keunikan budaya serumpun.
Dari keagungan seni bina Masjid Raya Baiturrahman hingga ke hospitaliti masyarakat tempatannya, ia adalah destinasi yang kaya dengan nilai budaya yang menarik.
Rancang ‘Your Next Getaway’ daripada RM88 sehala, termasuk semua
Menerusi promosi “Your Next Getaway” yang berlangsung bermula sekarang hingga 20 Mei 2026, para pengembara kini boleh menikmati tambang daripada RM88 sehala, termasuk semua.
Dengan tawaran yang sangat berbaloi ini, hasrat untuk meneroka bandar-bandar ikonik di sekitar ASEAN mahupun destinasi domestik bukan lagi satu bebanan kos, malah menjadi lebih mudah untuk direalisasikan oleh sesiapa sahaja tanpa perlu bimbang tentang caj tambahan tersembunyi.
Terbang lebih bijak dengan nilai tambah hebat
Dalam pada itu, pengalaman bersama Firefly bukan sekadar mengenai tawaran yang berbaloi, tetapi tentang bagaimana anda boleh terbang dengan lebih bijak menerusi pelbagai kelebihan yang disertakan:
- Dua hab penerbangan utama: Pilihan sama ada dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (Subang) atau KLIA Terminal 1 memberikan lebih fleksibiliti mengikut lokasi terdekat anda.
- 10kg bagasi daftar masuk percuma: Terbang tanpa perlu risau tentang ruang barangan asas bagi setiap penumpang.
- Sajian snek percuma: Nikmati snek dalam penerbangan yang disediakan tanpa sebarang caj tambahan.
- Fleksibiliti perancangan: Kemudahan menukar penerbangan bagi memudahkan urusan anda jika terdapat perubahan rancangan di saat akhir.
Bagi mereka yang inginkan lebih keselesaan dan ketenangan fikiran, anda boleh memilih untuk menaik taraf kepada tambang ‘Flex’ dengan tambahan bermula RM90 sahaja.
Melalui naik taraf ini, anda bakal menikmati manfaat ekstra yang lebih premium seperti:
- 30kg bagasi daftar masuk: Ruang lebih luas untuk semua kelengkapan percutian dan buah tangan untuk yang tersayang.
- Pelbagai lagi keistimewaan (perks): Termasuklah keutamaan (priority) dan fleksibiliti tambahan yang menjadikan perjalanan anda jauh lebih lancar dan eksklusif.
Tempahan terus untuk lebih nilai dan keselesaan
Nikmati tambang eksklusif dan pengalaman tempahan yang lebih lancar dengan membuat tempahan secara terus melalui laman web fireflyz.com.my atau aplikasi mudah alih Firefly.
*Tertakluk kepada terma dan syarat.
© New Straits Times Press (M) Bhd




