“Ma Jangan Marah, Saya Nak Mati Dah…” – Kanak-Kanak Autisme Maut Dihempap Blok Konkrit Ketika Bermain

“Ma Jangan Marah, Saya Nak Mati Dah…” – Kanak-Kanak Autisme Maut Dihempap Blok Konkrit Ketika Bermain

Trending

Kanak-kanak autisme maut dihempap blok konkrit ketika bermain di Kampung Dalam Rhu.


Suasana petang yang biasa di Kampung Dalam Rhu, Pasir Puteh Kelantan bertukar pilu apabila seorang kanak-kanak lelaki autisme maut selepas dihempap blok konkrit ketika bermain pasir di depan rumah, petang semalam.

Lapor Kosmo!, dalam kejadian kira-kira jam 2.30 petang itu, mangsa, Mohamad Yusof disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian manakala bapa saudaranya, Muhamad Yunus Nasir, 12, mengalami kecederaan dan dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut.

Ibu terus berlari minta tolong penduduk kampung

Kanak kanak
Kredit Kosmo Muhammad Ayman Ghaffa

Ketika kejadian, ibu mangsa, Nurul Anis Abdul Rahman berada di dalam rumah sebelum dimaklumkan oleh anak perempuannya, Siti Nur Amyliana bahawa mangsa dihempap blok konkrit.

Kata ibu lagi, dia cuba mengangkat sendiri blok konkrit namun gagal sebelum berlari sejauh 100 meter meminta bantuan penduduk kampung.

Dengan bantuan kira-kira tujuh penduduk, blok konkrit akhirnya berjaya diangkat namun anaknya ketika itu sudah terlalu lemah.

Mohammad Yusof sempat berkata kepada saya ‘Ma jangan marah, saya nak mati dah’. Saya yang sudah menangis hanya mampu memangku dan memeluknya dengan harapan agar dia dapat terus bertahan.

Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi

Konkrit
Kredit foto Berita Harian

Difahamkan, Mohamad Yusof merupakan murid Program Pendidikan Khas Integrasi di Sekolah Kebangsaan Dalam Rhu dan tergolong dalam kategori OKU ketidakupayaan intelektual atau autisme.

Sementara itu, Muhamad Yunus kini menerima rawatan lanjut di Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu akibat kecederaan dialami dalam kejadian tersebut.

Bapa Nor Ismail Nasir pula reda dengan pemergian anak dan meminta isterinya tidak dipersalahkan. Katanya, anaknya adalah orang kurang upaya (OKU) masalah pembelajaran yang sukar dikawal kerana mengalami autism hiperaktif.

Pssttt! Kadang-kadang satu ayat pendek daripada seorang anak kecil sudah cukup buat hati ramai hancur. Kehilangan seperti ini bukan mudah untuk diterima, apatah lagi ia berlaku dalam sekelip mata ketika anak sedang bermain di depan rumah. Semoga keluarga arwah diberi kekuatan dan ketabahan menghadapi ujian berat ini.

Kredit: Kosmo!
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Scroll to Top