BURIRAM: Pelumba Hafizh Syahrin Abdullah mempamerkan tunggangan penuh bertenaga untuk muncul juara perlumbaan pertama kategori ASB1000 pusingan kedua Kejuaraan Motosikal Asia FIM di Litar Antarabangsa Chang, hari ini.
Pelumba JDT Racing Team itu bangkit dengan aksi agresif selepas berdepan tekanan sengit daripada kelompok depan sepanjang perlumbaan berlangsung.
Rakan sepasukannya, Azroy Hakeem Anuar terlebih dahulu memberi cabaran bersama pelumba Thailand, Nakarin Atiratphuvapat dan pelumba Jepun, Keito Abe dalam perebutan kedudukan teratas.
Saingan mula berubah pada pusingan keempat apabila Keito berjaya memintas Azroy sebelum mengambil kesempatan terhadap kesilapan Mohd Zaqhwan Zaidi di selekoh terakhir untuk mendahului perlumbaan.
Hafizh kemudian mencetuskan kebangkitan dramatik pada pusingan kelapan apabila memotong Keito dan Zaqhwan sebelum terus merampas kedudukan pendahulu daripada Azroy.
Bekas pelumba MotoGP negara itu selepas itu semakin selesa menguasai perlumbaan apabila mula meninggalkan pencabar lain sebaik memasuki pusingan ke-11.
Selepas melengkapkan 14 pusingan, Hafizh menamatkan perlumbaan dengan catatan masa 24 minit 06.445 saat untuk menghadiahkan kemenangan ketiga berturut-turut musim ini.
Azroy menamatkan aksi di teumpat kedua dengan masa 24:09.071s diikuti Keito di kedudukan ketiga menerusi catatan 24:09.321s, manakala Hafizh menyifatkan kejayaan tersebut hadir hasil persiapan rapi serta pendekatan sabar sepanjang perlumbaan. – UTUSANiuujujiii




