Oh! Negara
Pantun PMX ketika lawatan di Pulau Banggi tarik perhatian netizen dengan mesej tentang kepentingan membaca.
Perdana Menteri (PMX), Dato’ Seri Anwar Ibrahim mencuri perhatian ramai selepas berkongsi satu pantun santai ketika melakukan kunjungan rasmi ke Pulau Banggi, Sabah.
Dalam hantaran yang dimuat naik di Facebook itu, PMX dilihat menegur beberapa orang kanak-kanak yang menunggunya di sebuah padang.
Pantun ringkas PMX jadi perhatian
PMX bertanyakan kanak-kanak itu sama ada mereka bersekolah lalu memberi nasihat supaya rajin membaca buku.
Dalam hantaran tersebut, Anwar Ibrahim menulis:
“Susu lemak manis,
Santan kelapa muda,
Adik jangan menangis,
Bila atok suruh membaca.
Tak baca buku, siap!”
Walaupun nampak santai, ramai netizen berpendapat mesej yang disampaikan cukup jelas mengenai kepentingan membaca sejak kecil.
Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen turut berseloroh menulis pantun masing-masing. Kreatif sungguh semuanya!
Pssttt! Kadang-kadang nasihat yang disampaikan secara santai lebih mudah melekat dalam hati. Membaca mungkin nampak biasa, tapi ia sebenarnya antara kunci penting untuk masa depan yang lebih baik.
Kredit: Facebook Anwar Ibrahim
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.



