Fazley Yaakob Umum Anak Bakal Rakam Single Pertama Di Luar Negara

Fazley Yaakob Umum Anak Bakal Rakam Single Pertama Di Luar Negara

Penyanyi Datuk Fazley Yaakob berkata meskipun anaknya, Fariedz Fazley tersingkir di minggu keempat Talk To My Manager, namun dia berpuas hati dengan pesembahan anak sulungnya itu.

Memetik Media Hiburan, Fazley berkata dia merasakan tiada kesilapan dalam persembahan anaknya malam tadi serta sentiasa ingatkan untuk memberi persembahan terbaik.

BACA: “Mereka Tanya Bersih Tak?” – Fazley Yaakob Dedah Banyak Wanita DM Gambar Ketiak

“Sejak awal lagi saya memang dah persiapkan Farieds setiap minggu, akan ada kemungkinan untuk kita terkeluar. Saya selalu ingatkan Fariedz untuk sentiasa beri persembahan terbaik.

“Pada saya orang akan ingat persembahan terakhir kita sampai bila-bila. Sebagai bapa dan pengurus, saya merasakan tiada kesilapan dalam persembahan Farieds malam tadi.

“Dia menyanyi dan menari dengan baik seperti mana yang kita minta. Penonton juga beri reaksi yang baik. Lapan peserta lain juga sama hebat,” katanya.

Sementara itu, Fazley mendedahkan anaknya sudah menandatangani kontrak sebagai penyanyi rakaman dan akan rakamkan single pertama tidak lama lagi.

“Farieds sudah dapat tawaran menjadi penyanyi rakaman sejak minggu pertama TTMM2. Saya buat keputusan untuk turut serta di TTMM2 untuk lihat sejauh mana kemampuan Fariedz.

“Dia akan merakamkan single tak lama lagi. Fariedz sudah pun menerbitkan, menulis dan menyanyikan lagunya sendiri. Kita tunggu sidang media seterusnya untuk cerita lebih penuh,” katanya.

Dalam pada itu, Fazley berkata lagu tersebut sepatutnya dilancarkan pada bulan lalu namun mahu memberi fokus pada TTMM2 terlebih dahulu.

“Kita akan terbang ke luar negara untuk sesi rakaman. Saya bangga lagu itu ditulis sendiri oleh Fariedz,” katanya.

Sumber: Media Hiburan


Scroll to Top