Azhan Rani Kesal Artis Kena Serang Isu Gajah

Azhan Rani Kesal Artis Kena Serang Isu Gajah

Oh! Artis

Azhan Rani tampil bersuara selepas artis terus diserang setiap kali timbul isu haiwan dan kemanusiaan.


Pelakon Azhan Rani meluahkan rasa kesal apabila ada netizen yang gemar menyerang artis setiap kali timbul isu semasa berkaitan kemanusiaan atau kebajikan haiwan.

Menurut Azhan, isu melibatkan kasih sayang terhadap haiwan sepatutnya tidak dijadikan medan untuk mengejar populariti atau ‘menghentam’ mana-mana selebriti.

Azhan Rani pelik setiap isu nak serang artis

Kredit Foto Threads

Azhan dilihat kurang senang apabila ada pihak yang seolah-olah mendesak artis untuk sentiasa bersuara setiap kali timbul sesuatu isu.

Dia gini, kalau nak menunggang isu nak popular, awak je la jadi artis. Ini isu kemanusiaan. Isu sayangkan haiwan.

Apa benda nak attack artis. Bukan artis yang masuk parlimen. Selama ni pun negara ni ditadbir bukan ikut suara artis pun.- Katanya.

Menurut pelakon itu lagi, setiap individu mempunyai cara tersendiri dalam menunjukkan rasa prihatin mereka terhadap sesuatu perkara.

Jangan paksa semua orang bersuara

Kredit Foto Threads

Dalam masa sama, Azhan turut berharap masyarakat dapat menghormati cara orang lain menunjukkan kasih sayang terhadap haiwan tanpa perlu memaksa semua orang bersuara dengan cara yang sama.

Biar yang bersuara itu dari hati ikhlas sebab cinta dia kepada makhluk Allah. Bukan sebab nak popular atau tambah populariti.

Jangan ditekan-tekan. Diam, tak semestinya dia tak sayang haiwan. Ikut cara masing-masing.- Ujarnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen dilihat bersetuju dengan pandangan diberikan oleh Azhan Rani mengenai isu haiwan dan tekanan terhadap artis.

Pssttt! Kadang-kadang bila timbul sesuatu isu, kita terlalu cepat nak nilai orang lain hanya sebab mereka diam. Hakikatnya, setiap orang ada cara tersendiri untuk tunjuk rasa prihatin. Jadi, tak perlu paksa atau serang sesiapa semata-mata sebab mereka tak bersuara seperti yang korang harapkan.

Kredit: Gempak
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Scroll to Top