Iran perluas zon strategik Selat Hormuz

Iran perluas zon strategik Selat Hormuz
Iran perluas zon strategik Selat Hormuz

Peta menunjukkan kawasan operasi lebih besar di Selat Hormuz.

TEHERAN – Iran telah memperluas definisi Selat Hormuz sebagai satu kawasan operasi jauh lebih besar berbanding sebelum perang tercetus bersama Amerika Syarikat (AS) dan Israel.

Menurut Kor Pengawal Revolusi Islam (IRGC), laluan strategik itu tidak lagi akan dianggap sebagai kawasan sempit.

“Ia telah diperluaskan dari segi skop dan kepentingan ketenteraan. Sebelum ini, ia dinyatakan sebagai kawasan terhad sekitar pulau seperti Hengam dan Hormuz.

“Tetapi, hari ini, keadaan sudah berubah sepenuhnya,” ujar Timbalan Pengarah Politik Angkatan Tentera Laut IRGC, Mohammad Akbarzadeh pada Selasa.

Jelasnya lagi, selat itu kini ditakrifkan sebagai zon strategik yang meliputi kawasan dari bandar Jask di timur hingga Pulau Siri di barat.

Perluasan itu merupakan pengumuman kedua oleh Iran sejak bermulanya konflik di Asia Barat pada 28 Februari lalu.

Pada 4 Mei lalu, Tentera Laut IRGC telah menghasilkan peta yang menunjukkan zon kawalan baharu merangkumi sebahagian besar pesisir Teluk Oman milik Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Zon itu dilaporkan meliputi kawasan dari Gunung Mobarak, Iran dan wilayah Fujairah di timur hingga Pulau Qeshm di Teheran dan wilayah Umm al Quwain.

Pengumuman terbaharu itu pula dilihat sebagai pengembangan lagi kawasan tersebut yang akan berada di bawah kawalan Iran.

Rangkaian berita tempatan menganggarkan keluasannya akan bertambah 10 kali ganda antara 320 dan 480 kilometer.

“Peluasan itu membentuk separuh bulatan yang lengkap dan bukan lagi titik sempit,” lapor agensi berita Tasnim. – Agensi

 

Scroll to Top