
Warganet mendakwa aksi itu membahayakan pengguna lain. Foto Agensi
MAKASSAR – Tular aksi seorang wanita mengangkut motosikal elektrik (EV) menggunakan motosikal.
Tindakan berbahaya di jalan raya sesak di Kota Makassar, Indonesia itu turut meraih pelbagai reaksi warganet.
Susulan insiden itu, pihak berkuasa telah menjejaki individu tersebut, namun wanita dikenali sebagai Nurhidayah Yunus tampil terlebih dahulu di Polrestabes Makassar.
“Saya hadir atas inisiatif sendiri dan memohon maaf kepada seluruh masyarakat khususnya di Kota Makassar atas perbuatan saya yang tersebar, baru-baru ini. Saya sedar tindakan itu salah dan sedia menerima sebarang hukuman,” lapor Tribun Timur memetik kenyataannya pada Rabu.
Video itu dirakamkan pengguna lain ketika Nurhidayah melintasi Jalan Sungai Saddang dan Jalan Veteran Utara, Kecamatan Makassar.
Klip itu jelas menunjukkan motosikal EV tersebut diletakkan di tengah-tengah antara penunggang dan pembonceng Yamaha Mio GT berkenaan tanpa diikat dengan tali keselamatan. – Agensi



