SPRM cari dua lelaki bantu prosiding kes rasuah di Johor, Sarawak

SPRM cari dua lelaki bantu prosiding kes rasuah di Johor, Sarawak

harisfadli@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang mengesan dua lelaki tempatan bagi membantu siasatan.

SPRM dalam kenyataan hari ini berkata, dua lelaki terbabit Jung Tsen Hee, 54, beralamat terakhir di Nombor 373, Lorong Chawan 14, Jalan Chawan, Kuching, Sarawak.

Menurutnya, seorang lagi individu membabitkan Mohd Ridhuan Chee @ Chee Chun Sheong, 41, beralamat di Kampung Talang Batin, Parit, Perak.

Kedua-dua individu dikehendaki hadir bagi prosiding di Mahkamah Jenayah Sesyen 1 Khas Rasuah di Johor Bahru, di Johor pada lusa.

Sebarang maklumat berkaitan boleh disalurkan kepada Pegawai Penyiasat, Nur Asyiqin Mohd Zahid di talian 0126855902 atau emel nurasyiqin@sprm.gov.my.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top