“Saya Sedar Saya Manusia Yang Kurang Cerdik…” – Haroqs Mohon Maaf Campak Coklat Ke Laut

“Saya Sedar Saya Manusia Yang Kurang Cerdik…” – Haroqs Mohon Maaf Campak Coklat Ke Laut

Aktivis misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) 2.0,  Haroqs tampil memohon maaf susulan tindakannya mencampak coklat di laut.

Menerusi satu hantaran di Threads, Haroqs menyedari tindakannya itu boleh mencemarkan kehidupan laut serta mengakui tindakannya itu kurang cerdik.

BACA: Dikecam Nak Isteri Cantik, Zizi Kirana Pertahan Haroqs

Bagaimanapun, Haroqs berkata dia berharap dengan cara berkenaan bantuan berkenaan akan sampai ke anak-anak G.

“Maaf andai perbuatan saya mencampakkan coklat di tengah laut adalah tidak sopan dan mencemarkan kehidupan laut. 

“Saya sedar saya manusia yang kurang cerdik saya cuma tiada pilihan lain untuk sampai coklat ke anak anak G. Dengan cara apa sekalipun saya buat mungkin anda tidak senang. 

“Kalau dengan cara ini baru buka mata dan minda anda untuk bersuara nampaknya memang anda menanti kesilapan dari saya. Saya hanya berharap Allah menyampaikan coklat ini ke anak anak di G. Keep going Allah with us,” tulisnya.

Perkongsian Haroqs itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen dimana ada yang yang kurang senang namun ada yang berpendapat Allah lebih tahu niatnya serta berharap coklat tersebut akan sampai ke anak-anak G.


Scroll to Top