NSM: MINDEF hantar notis tuntut RM1 bilion daripada syarikat Norway – Khaled

NSM: MINDEF hantar notis tuntut RM1 bilion daripada syarikat Norway – Khaled
NSM: MINDEF hantar notis tuntut RM1 bilion daripada syarikat Norway – Khaled

Mohamed Khaled meninjau kerja-kerja pembinaan kapal tempur pesisir atau Littoral Combat Ship (LCS) semasa lawatan kerja ke Lumut Naval Shipyard, pada Selasa. Foto Bernama

LUMUT – Kementerian Pertahanan telah menghantar notis tuntutan kepada syarikat pengeluar di Norway, susulan pembatalan lesen eksport misil antikapal dan serangan darat (NSM) oleh syarikat berkenaan.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, notis bagi menuntut kos langsung dan tidak langsung, telah dihantar kepada syarikat berkenaan hari ini.

“Kita tuntut kos langsung dengan kos tak langsung. Kos langsung sebanyak jumlah yang sudah dibayar, 126 juta EUR (RM583.47 juta) dan kita juga ada tuntut jumlah kos tak langsung yang membabitkan jumlah yang besar juga, seluruh jumlah tuntutan itu berjumlah kira-kira RM1 bilion,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan lawatan kerja meninjau kemajuan pembinaan Kapal Tempur Pesisir (LCS) di Lumut Naval Shipyard Sdn Bhd (LUNAS), di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di sini pada Selasa.

Turut hadir, Panglima Tentera Laut Laksamana Tan Sri Dr Zulhelmy Ithnain.

AKAN MENYUSUL

Scroll to Top