“Pagi Sore Tak Akan Bankrap” – Netizen Indonesia Yakin Boikot Tak Bagi Kesan

“Pagi Sore Tak Akan Bankrap” – Netizen Indonesia Yakin Boikot Tak Bagi Kesan

Oh! Tidak

Netizen Indonesia mula akui boikot rakyat Malaysia terhadap Pagi Sore mungkin beri kesan besar dalam jangka panjang.


Nampaknya isu #BoikotPagiSore ni dah makin panas sampai netizen Indonesia sendiri pun mula buka mata. Semua ni terjadi lepas restoran popular dekat Jakarta tu didakwa buat tuduhan melulu terhadap pelanggan Malaysia sebelum akhirnya tampil mohon maaf.

Tapi biasalah, bila isu dah meletup mesti ada yang cuba pertahankan. Ada netizen di sana siap cakap Pagi Sore takkan bankrap walaupun diboikot rakyat Malaysia sebab pelanggan utama mereka kebanyakannya warga Indonesia sendiri.

“Jangan cabar rakyat Malaysia”- Netizen

Kredit Foto Threads jakartamuhub

Menurut netizen Indonesia, restoran Pagi Sore dah lama bertapak sejak tahun 1973 dan lebih 90 peratus pelanggan mereka ialah rakyat tempatan. Pelancong Malaysia pula katanya cuma sebahagian kecil sahaja.

Namun, benda yang buat ramai terkejut bila ada rakyat Indonesia sendiri mula akui boikot rakyat Malaysia sebenarnya memang kuat. Ada yang pernah datang Malaysia dan nampak sendiri macam mana sesebuah bisnes boleh terjejas bila rakyat kita sepakat memboikot.

Jangan cabar prinsip rakyat Malaysia. Sekali mereka boikot, mereka pasti takkan datang lagi.- Katanya.

Pemandu pelancong pun dah kena tempias

Kredit Foto Janaan AI

Dekat media sosial sekarang ni pun dah mula muncul perkongsian daripada pemandu pelancong di Indonesia. Ada antara mereka mengaku dah terima mesej daripada rakyat Malaysia yang taknak lagi singgah makan dekat restoran tu.

Malah ada yang minta nama restoran tersebut terus dibuang daripada itinerari pelancongan. Haa, dekat situ dah nampak sebenarnya kesan dia bukan sekadar gaduh dekat internet je.

Ramai juga netizen Indonesia yang lebih rasional mula cakap mungkin restoran tu tak bankrap terus, tapi imej dan reputasi dia boleh perlahan-lahan jatuh. Lagi-lagi kalau cawangan yang selalu dipenuhi pelancong Malaysia mula kurang pelanggan.

Pssttt! Kadang-kadang orang ingat boikot ni cuma trend internet yang kejap naik lepas tu senyap. Tapi bila melibatkan maruah dan layanan terhadap pelanggan, rakyat Malaysia memang boleh jadi sangat solid. Sebab tu sebelum bercakap atau buat tuduhan, fikir dulu kesan jangka panjang yang mungkin kena dekat bisnes sendiri.

Kredit: Threads
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Scroll to Top