“Ya Allah, Semoga Tahun Ini Saya Hamil” 

“Ya Allah, Semoga Tahun Ini Saya Hamil” 

Pelakon Sweet Qismina memuat naik hantaran berdoa agar dikurniakan cahaya mata selepas empat tahun mendirikan rumah tangga dengan aktor Adam Lee.

Menerusi hantaran di Threads, Sweet turut mendoakan agar dirinya serta rakan-rakan yang berjuang mendapatkan zuriat diberikan rezeki cahaya mata.

BACA: Sweet Qismina Dedah Pesanan Adam Lee, Jangan Kongsi Masalah Di Media Sosial

“Ya Allah, semoga tahun ini saya dan kawan-kawan TTC hamil,” tulisnya.

Perkongsian Sweet itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang mendoakan agar doa Sweet dan mereka yang menantikan zuriat dimakbulkan.

Untuk rekod, Sweet Qismina mendirikan rumah tangga dengan Adam Lee pada 22 Oktober 2022.


Scroll to Top