Syida Melvin beri bayangan dianiaya suami – “Aku jadi pengemis dalam syarikat sendiri”

Syida Melvin beri bayangan dianiaya suami  – “Aku jadi pengemis dalam syarikat sendiri”

Pelakon dan usahawan Syida Melvin meluahkan rasa kecewa apabila mendakwa dirinya dizalimi oleh seorang individu berinisial SS yang dipercayai merujuk kepada suaminya.

Jadi pengemis dalam syarikat sendiri

Menerusi satu hantaran panjang di Instagram Story, Syida mendakwa dia kini berdepan tekanan kewangan apabila perlu menanggung hutang syarikat yang didakwa dibuat atas namanya, selain mendakwa tidak menerima layanan sewajarnya walaupun menjadi antara individu yang mengeluarkan modal dalam perniagaan.

Menurut Syida, dia sanggup mengorbankan harta demi memastikan perniagaan mereka dapat dibangunkan sehingga beroperasi seperti sekarang.

“Tak sangka betul eh aku kena jadi pengemis dalam company yang ada nama aku yang aku letak duit modal untuk siapkan bisnes,” tulisnya.

Dalam perkongsian sama, Syida mendakwa dia sudah beberapa bulan tidak mengambil gaji kerana syarikat masih belum stabil, walaupun modal perniagaan didakwa dikeluarkan secara sama rata.

Dia turut mendakwa terdapat hutang syarikat yang masih tertunggak, termasuk komitmen kad kredit yang menurutnya digunakan untuk keperluan syarikat.

“Suruh bayar hutang company yang guna bawah nama aku tertunggak berbulan-bulan, tak bayar. Minta bayar buat online transaction baik-baik, tak buat.
“Credit card tu ada la selit-selit belanja utk anak-anak, belanja untuk rumah, majority installment untuk barang company. Masih tak nak bayar ya.
“Bila aku withdraw dekat bank, di callnya bank suruh sekat dan tarik balik duit tu yang dah masuk account aku untuk bayar credit card hutang company,” dedahnya.

Selain itu, Syida mendakwa cubaan untuk mengeluarkan wang bagi membayar hutang syarikat turut berdepan kesukaran apabila transaksi berkenaan dikatakan disekat.

“Aku pergi bank, kena reject dengan manager bank situ, aku keluar pintu bank tu macam orang bodoh, macam pengemis kau buat ya,” jelasnya.

Syida juga mendakwa individu berkenaan membuat laporan polis berhubung kehilangan buku cek syarikat biarpun dikatakan buku cek tersebut berada dalam simpanannya.

Pada masa sama, dia turut meluahkan rasa kecewa berhubung urusan rumah tangga mereka yang dikatakan masih belum selesai ketika proses perceraian sedang berlangsung.

Menurut Syida, rumah yang didiami individu tersebut didakwa masih menggunakan namanya, selain mendakwa pihak bank sering menghubunginya berhubung bayaran tertunggak.

“Duduk rumah kelamin (aku & anak tak stay situ). Rumah nama aku, 2 bulan dia duduk tak bayar.
“Bank chase aku hari-hari. Dia duduk rumah besar sorang, aku dan anak-anak stay merata rumah family sebab dalam proses bercerai, aku hanya bayar duit rumah itu sampai bulan yang aku dan anak-anak sahaja duduk,” ujarnya.

Dalam luahan penuh emosi itu, Syida memberi bayangan bahawa konflik antara mereka kini semakin serius sehingga mahu membabitkan tindakan undang-undang.

Malah, Syida turut mengakui sebelum ini dia tidak memahami mengapa ada individu memilih untuk membuka kisah perceraian di media sosial, namun kini mendakwa dirinya mula memahami situasi tersebut selepas berdepan pengalaman sendiri.

Artikel lain: Rumah tangga bergolak? Syida Melvin fail cerai terhadap suami

“Tapi now aku dah terkena, aku dah hadap orang nars macam ni, dan aku faham dah,” tambahnya lagi.

Hantaran tersebut turut mengundang perhatian netizen yang membanjiri ruangan komen dengan pelbagai reaksi dan pandangan berhubung konflik yang didedahkan usahawan itu.

Sumber: Threads nadineaureli4

Scroll to Top