Oh! Artis
Syida Melvin dakwa tanggung hutang dan bersuara isu rumah tangga dipercayai berkait suaminya, Syafiq Shaheen.
Bila sesuatu yang lama dipendam akhirnya terluah, pasti ada sebab yang membuatkan seseorang itu tidak mampu lagi berdiam diri.
Itulah yang dapat dilihat menerusi beberapa hantaran pempengaruh dan usahawan, Syida Melvin di Instagram Story apabila dia meluahkan rasa kecewa dipercayai berkait dengan suaminya, Syafiq Shaheen.
Dakwa terpaksa tanggung hutang syarikat
Menerusi perkongsian tersebut, Syida mendakwa dirinya seolah-olah menjadi ‘pengemis’ dalam syarikat yang turut mempunyai namanya, sedangkan dia pernah mengeluarkan modal bagi memastikan perniagaan itu dapat disiapkan dan terus beroperasi.

Syida turut mendakwa dia tidak mengambil gaji selama beberapa bulan kerana syarikat masih belum stabil, namun kecewa dengan apa yang berlaku selepas itu.
Dalam hantaran sama, Syida mendakwa hutang syarikat yang menggunakan namanya tertunggak selama beberapa bulan, selain turut menyentuh mengenai kad kredit yang didakwa digunakan untuk bayaran ansuran barangan syarikat.

Syida juga mendakwa berdepan situasi tidak menyenangkan ketika mahu membuat pengeluaran wang di bank bagi tujuan membayar hutang kad kredit tersebut.
Hantaran dipercayai ditujukan kepada suami

Syida turut mendakwa terdapat laporan polis dibuat atas alasan buku cek syarikat hilang, sedangkan menurutnya buku cek berkenaan berada dengannya.
Selain isu syarikat, Syida turut menyentuh mengenai rumah yang didakwa berada atas namanya.
Menurut Syida, dia dan anak-anak tidak menetap di rumah berkenaan, sebaliknya tinggal di rumah keluarga kerana sedang melalui proses perceraian.
Dakwanya lagi, situasi itu menyebabkan pihak bank mencarinya setiap hari, walaupun dia dan anak-anak tidak lagi tinggal di rumah tersebut.
Dalam perkongsian lain, Syida turut memuat naik gambar bersama anak-anak dan menjelaskan mengapa sebelum ini orang ramai jarang melihat dirinya serta anak-anak beraya bersama keluarga sebelah sana.
Pssttt! Semoga urusan Syida Melvin dipermudahkan dan segala kemelut yang berlaku dapat diselesaikan dengan cara terbaik, terutama demi kesejahteraan anak-anak.
Kredit: Instagram Syida Melvin
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.




