“Dasar Narsistik! Aku Jadi Pengemis Dalam Syarikat Sendiri” – Syida Melvin Dakwa Dianiaya Suami?

“Dasar Narsistik! Aku Jadi Pengemis Dalam Syarikat Sendiri” – Syida Melvin Dakwa Dianiaya Suami?

Usahawan dan pempengaruh Syida Melvin menjadi perhatian apabila memuat naik hantaran meluahkan rasa kecewa mendaka dirinya dizalimi oleh individu berinisial SS dipercayai merujuk kepada suaminya.

Menurut Syida, dia mendakwa perlu menanggung hutang syarikat yang didakwa dibuat atas namanya serta diperlakukan seperti pengemis yang ada namanya sendiri dan modal daripada wangnya.

BACA: Syida Melvin Fail Cerai Terhadap Suami

Dalam hantaran itu juga, Syida mendakwa dia tidak mengambil gaji beberapa bulan kerana syarikat masih belum stabil meskipun modal perniagaan dikeluarkan sama rata.

Lebih kesal, Syida mendakwa apabila mahu melakukan pengeluaran wang pihak berkenaan membuat panggilan meminta mengambil semula wang tersebut untuk membayar hutang kad kredit syarikat.

Sementara itu, Syida berkata dia tidak tinggal di rumah kelamin serta mendakwa SS tinggal di rumah tersebut namun sudah dua bulan tidak membuat bayaran.

Terdahulu, media melaporkan Syida telah memfailkan cerai terhadap suaminya, Syafiq Azim Shaheen di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam pada Disember lalu.


Scroll to Top