BERSAMA tidak akan sertai mana-mana gabungan parti

BERSAMA tidak akan sertai mana-mana gabungan parti

khairil.ashraf@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Bekas Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad menegaskan Parti Bersama Malaysia (BERSAMA) yang diambil alih olehnya bersama bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli tidak akan menyertai mana-mana gabungan parti di negara ini.

Menurutnya, ini disebabkan mereka ingin memastikan adanya alternatif untuk pengundi di Malaysia.

“Dari pengumuman penyertaan kami ke @partibersamamy, kami umumkan BERSAMA nak ubah landskap politik, akhiri dominasi politik lama dan tolak kompromi semata-mata untuk kuasa.

“Justeru, kami bukan sahaja bertanding di kawasan-kawasan PKR dan parti PH yang lain, malah BN dan juga PAS-PN.

“BERSAMA tidak akan menyertai mana-mana gabungan ini, tetapi ingin pastikan alternatif untuk pengundi,” katanya menerusi satu tulisan di laman sosialnya, hari ini.

Terdahulu, Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang menyatakan partinya sedia mempertimbangkan penyertaan BERSAMA yang dipimpin Rafizi ke dalam PN.

Abdul Hadi berkata, kehadiran parti berkenaan tidak akan menjejaskan PAS dan PN dalam membuat persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top