Sama-sama sedang tunai haji, Dr. Akmal Saleh bantu periksa kesihatan jemaah tak sihat

Sama-sama sedang tunai haji, Dr. Akmal Saleh bantu periksa kesihatan jemaah tak sihat

Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Akmal Saleh tetap menjalankan ‘fitrah’ pekerjaannya yang merupakan seorang doktor apabila membantu memeriksa kesihatan warga emas yang kurang sihat selepas dihubungi anak jemaah tersebut.

Menerusi hantaran yang dikongsi di Facebook, Dr Akmal sempat berseloroh mengatakan bahawa baru dua hari lepas beliau menjadi ‘Abang Kantin’ dan kali ini kembali ke fitrahnya sebagai seorang doktor untuk menjalankan pemeriksaan kesihatan.

Bantu check kesihatan bapa kenalan

Beliau dilihat bergerak dari hotel tempatnya menginap ke penginapan warga emas terbabit selepas dihubungi kenalan yang menyatakan kondisi bapanya yang kurang sihat.

“Dua hari berturut-turut jadi Abang Kantin, hari ini kita kembali kepada fitrah Dr Akmal Saleh,” ujarnya.

Dapat dilihat beliau menyantuni warga emas dan penghuni bilik tersebut sebelum melakukan pemeriksaan kesihatan menggunakan alat perubatan yang dibawa.

Dr Akmal juga sempat menjelaskan ubat-ubatan yang perlu dimakan oleh warga emas terbabit dan mewakafkan alat pemeriksaan kesihatan yang dibawa untuk kegunaan jemaah lain memeriksa tekanan darah.

“Yang ini cik (merujuk alat pemeriksaan darah) saya tinggal di sini. Nak balik nanti jika balik awal, serah sahaja kepada orang lain. Saya kira wakaflah ni. 
Siapa-siapa pun bloeh pakai,” ujarnya lagi.

Sebelum ini sumbang sarapan dari wang infaq

Sebelum ini, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh telah menyediakan sarapan percuma buat jemaah haji Malaysia di Mekah selepas berjaya meraih sumbangan lebih RM151,000 dalam tempoh singkat.

Ia susulan perkongsiannya yang memaklumkan jemaah haji Malaysia di sebuah penginapan di Abraj Al Janadriyah hanya disediakan makan tengah hari dan makan malam, manakala sarapan perlu dibeli sendiri.

Susulan itu, beliau melancarkan projek infak sarapan percuma buat para jemaah haji Malaysia dan mengajak orang ramai bersama-sama berkongsi pahala membantu para jemaah.

Sumber: Facebook Akmal Saleh 

Scroll to Top