Kelantan Red Warriors FC layak ke Liga Super musim depan

Kelantan Red Warriors FC layak ke Liga Super musim depan

KOTA BHARU: Kelantan Red Warriors FC (KRW FC) menutup saigan Liga A1 Semi Pro musim ini dengan menduduki tangga keempat dalam carta liga selepas meraih kemenangan tipis 2-1 ke atas Bunga Raya FC di Stadium Sultan Muhammad IV, di sini sebentar tadi.

Kemenangan itu menyaksikan KRW layak ke saingan Liga Super musim hadapan selepas layak secara merit.

Turun dengan misi memburu kemenangan, tuan yang mendapat tonik semangat apabila lebih 10,000 penyokong membanjiri gelanggang keramat mereka itu bagaimanapun dikejutkan dengan jaringan pelawat seawal minit ke tujuh menerusi Muhammad Aqil Hazwan Norhasidi.

Tersentak dengan  jaringan awal itu, anak didik Irfan Bakti Abu Salim cuba bangkit mencari gol penyamaan namun dihampakan oleh ketumpulan jentera penyudah.

Usaha pasukan tuan rumah membuahkan hasil apabila Naim Mulhassan Alias merembat masuk gol penyamaan pada penghujung separuh masa pertama untuk kembali mengikat kedudukan 1-1 sebelum kedua-dua pasukan bergerak ke bilik persalinan.

Emmanuel Mbarga menjadi wira KRW FC apabila menjaringkan gol kedua pada minit ke-74  sudah cukup untuk menghadiahkan tiga mata penting buat pasukannya dan keputusan itu kekal hingga mata perlawanan.

Selepas mengharungi 28 perlawanan KRW FC mengumpul 56 mata hasil 17 kemenangan namun dibezakan dengan satu mata sahaja oleh pasukan ditangga ketiga iaitu Kedah FA yang memperoleh 57 mata.-UTUSAN

 

Scroll to Top