Azmi Saat Kongsi Tidak Semua Khidmat Pelanggan Pandang Rendah Golongan OKU | Oh! Podcast – Oh! Media

Azmi Saat Kongsi Tidak Semua Khidmat Pelanggan Pandang Rendah Golongan OKU | Oh! Podcast – Oh! Media

Untuk episod terbaru Oh! Podcast kali ini, kami menjemput insan istimewa, Azmi Saat daripada Caliph Buskers, untuk berkongsi tentang hobinya membuat ‘dark joke’ di media sosial. Menurut Azmi, pendekatan tersebut dilakukan bagi menormalkan interaksi masyarakat terhadap golongan OKU, sekali gus mengubah persepsi simpati berlebihan kepada suasana yang lebih santai dan terbuka. Namun, gaya penyampaiannya yang bersahaja itu kadangkala membuat netizen serba salah sama ada mahu ketawa atau sebaliknya.

Selain itu, Azmi turut berkongsi pengalaman berdepan dengan segelintir masyarakat yang masih kurang cakna terhadap keperluan OKU, termasuk isu laluan khas yang sering dihalang serta situasi ketika beliau memerlukan bantuan sewaktu membeli barang di kedai.

Dalam podcast ini juga, Azmi bercerita secara santai mengenai persepsi orang ramai terhadap golongan OKU, selain berkongsi kisah bagaimana beliau kehilangan penglihatan sejak kecil dan perjalanan Caliph Buskers sehingga berjaya mencipta nama dalam industri hiburan tanah air.

Nak tahu lebih lanjut tentang perkongsian menarik daripada Azmi Saat? Jangan lupa tonton episod penuh Oh! Podcast di saluran YouTube Oh! Media.

author avatar

Aqinna merupakan produser bagi tim video Oh! Media yang juga bertindak sebagai digital hos sepenuh masa. Selain itu, Aqinna turut menyumbang sebagai penulis artikel, menghasilkan kandungan kreatif dan bermutu untuk platform Oh! Media.

Scroll to Top