“Terlalu Ketat & Sentat” – Rekaan Pakaian Baru Hanis Zalikha Dikecam

“Terlalu Ketat & Sentat” – Rekaan Pakaian Baru Hanis Zalikha Dikecam

Baru-baru ini rekaan pakaian terbaru oleh pelakon dan usahawan Hanis Zalikha menjadi bualan ramai di media sosial.

Menerusi satu hantaran di Threads, seorang individu kurang senang dengan rekaan pakaian ‘Stardom Jumper’ yang didakwa terlalu ketat dan tidak sesuai untuk wanita bertudung.

BACA: Hanis Zalikha, Hairul Azreen Bawa 30 Staf Melancong Ke Jepun

Dalam posting berkenaan, individu itu turut mempersoalkan jika ramai yang memakainya dan bagaimana usahawan tersebut mahu menjawabnya kelak.

Sementara itu, individu turut turut menitipkan pesanan kepada Hanis mengenai mencari keberkatan dalam berniaga serta menjaga maruah wanita.

Perkongsian individu itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang bersetuju dengan pendapatnya serta ada yang membandingkan dengan peniaga lain yang bukan beragama Islam namun menghasilkan pakaian yang sesuai dengan wanita Muslim.


Scroll to Top