Toyota Extra Mile menawarkan pengalaman pemilikan lebih bernilai

Toyota Extra Mile menawarkan pengalaman pemilikan lebih bernilai

Membeli kereta adalah satu pencapaian besar dalam hidup, malah ia sering dianggap pelaburan kedua paling penting selepas rumah.

Namun bagi Toyota, nilai sebenar sebuah kenderaan bukan hanya pada rekaan yang gah, tetapi pada pengalaman dan kepercayaan yang terjalin sepanjang pemilikan.

Toyota Extra Mile menjadi nadi kepada pengalaman pemilikan yang lebih menyeluruh, dengan keutamaan untuk menjaga pelanggan pada setiap langkah agar pengalaman memiliki sebuah Toyota sentiasa lancar, meyakinkan dan memuaskan.

Inilah komitmen Toyota Extra Mile bagi memastikan setiap pemilik sentiasa disokong menerusi elemen utama, Ekstra Ganjaran, Ekstra Perlindungan, Ekstra Kemudahan, Ekstra Jaminan, Ekstra Sekuriti dan Ekstra Penjagaan.

ImageManfaat pemilikan yang lengkap memastikan sokongan sentiasa tersedia, hanya dengan satu panggilan bantuan, ke mana sahaja perjalanan anda.

Ganjaran bagi setiap perjalanan

Melalui program Loyal-T, setiap penglibatan anda dihargai dengan Ekstra Ganjaran yang direka untuk memperkayakan pengalaman pemilikan anda.

Bermula daripada pembelian kereta hingga ke urusan servis berkala dan pembaharuan insurans, setiap aktiviti akan mengumpul mata ganjaran Loyal-T.

Berdasarkan tahap keahlian anda (Silver, Gold atau Platinum), mata ganjaran yang terkumpul boleh ditebus untuk e-baucar servis dan ganjaran eksklusif, menjadikan pengalaman pemilikan anda lebih bernilai.

Inilah cara Toyota menghargai kepercayaan anda, dengan memastikan kesetiaan anda terus diraikan melalui manfaat dan nilai yang berterusan.

Perlindungan menyeluruh dan bantuan 24 jam

Keyakinan pemanduan bermula dengan perlindungan yang tepat.

Di bawah Pakej Insurans Toyota, pemilik menikmati Ekstra Perlindungan yang disesuaikan khas termasuk akses percuma kepada Toyota 247 Road Assist*

Tidak kira bila atau di mana sahaja anda berada (di dalam Malaysia), bantuan dengan hanya satu panggilan sahaja untuk Ekstra Jaminan di talian 1800-888-247.

*Toyota 247 Road Assist hanya sah digunakan di Malaysia dan tidak meliputi penggunaan rentas sempadan. Semua manfaat dan perkhidmatan adalah tertakluk kepada terma dan syarat yang berkenaan.

Segala urusan di hujung jari

Bagi memenuhi gaya hidup digital, aplikasi Toyota MY bertindak sebagai pusat kawalan sehenti.

Daripada menguruskan temu janji servis sehinggalah memantau status kenderaan secara masa nyata melalui Sistem Telematik Kenderaan (VTS), semuanya boleh dilakukan dengan mudah di hujung jari anda dengan Ekstra Kemudahan.

Bagi golongan profesional yang sentiasa sibuk mahupun keluarga yang aktif, ini bermakna kurang masa dihabiskan untuk mengatur pelbagai urusan, dan lebih banyak masa untuk menikmati perjalanan dengan tenang.

Kemudahan ini memastikan kenderaan anda menerima penjagaan yang diperlukan tanpa perlu bimbang tentang kenaikan kos pada masa hadapan yang boleh menjejaskan perbelanjaan anda.

Perancangan servis yang lebih yakin

Toyota Service Savers membolehkan pemilik mengunci kos servis sehingga lima tahun, membantu anda mengurus perbelanjaan dengan lebih baik tanpa kebimbangan terhadap kenaikan harga pada masa hadapan.

Kemudahan ini memastikan kenderaan anda menerima penjagaan yang diperlukan tanpa perlu bimbang tentang kenaikan kos pada masa hadapan yang boleh menjejaskan perbelanjaan anda.

Dengan ini, pemilik dapat menikmati pengalaman pemilikan yang lebih mudah, kos yang lebih terancang serta ketenangan fikiran dalam setiap perjalanan.

Lebih yakin setiap kali memandu

Dalam era digital hari ini, kekal terhubung dengan kenderaan membawa tahap keyakinan yang baharu kepada pemilik. Dengan Toyota Vehicle Telematics System (VTS), Ekstra Sekuriti ditawarkan untuk pengalaman pemilikan yang lebih pintar dan lancar.

Menerusi Toyota MY App, pemilik dapat memantau status kenderaan mereka secara masa nyata, memastikan maklumat penting sentiasa tersedia untuk ketenangan fikiran di setiap perjalanan.

Kepakaran yang boleh dipercayai

Akhir sekali, melalui Ekstra Penjagaan, kenderaan anda akan dijaga oleh juruteknik bertauliah dan pakar cat yang hanya menggunakan alat ganti tulen Toyota.

Ini bagi memastikan kualiti, ketahanan, dan nilai jangka panjang kereta anda sentiasa berada pada tahap terbaik.

Menerusi Toyota Extra Mile, pengalaman pemilikan bukan lagi sekadar rutin penyelenggaraan kenderaan, malah ia adalah sebuah perjalanan yang lancar dan penuh sokongan.

Toyota terus memperkukuh reputasinya sebagai jenama yang sinonim dengan Kualiti, Kekukuhan dan Keyakinan (QDR). 

Berteraskan kualiti, ketahanan, dan kebolehpercayaan, Toyota bertekad untuk melangkah lebih jauh dalam setiap perjalanan bersama anda.

ImageUntuk menikmati pengalaman pemanduan yang lebih pintar dan ketersambungan digital yang lancar, muat turun aplikasi Toyota MY hari ini bagi menguruskan kenderaan anda dengan lebih mudah.

Untuk maklumat lanjut mengenai polisi yang layak dan manfaat yang dilindungi oleh PIDM sehingga had yang ditetapkan, sila layari toyota.com.my/extramile atau www.pidm.gov.my.

 

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top