Tiga pendaki berpengalaman maut di puncak tertinggi Gunung Denali

Tiga pendaki berpengalaman maut di puncak tertinggi Gunung Denali
Tiga pendaki berpengalaman maut di puncak tertinggi Gunung Denali

Tiga pendaki dari Latvia maut dalam kemalangan di puncak tertinggi Amerika Utara, Denali. Foto Reuters.

SAN JOSE – Tiga pendaki dari Latvia maut dalam kemalangan di puncak tertinggi Amerika Utara, Denali, lapor Agensi Akhbar Jerman (dpa).

Seorang lagi daripada kumpulan tujuh orang itu dibawa ke hospital dalam keadaan kritikal, kata Persekutuan Pendaki Gunung Latvia pada Jumaat.

Mereka ialah pendaki gunung yang “berbakat dan berpengalaman”.

Denali, yang juga dikenali sebagai Gunung McKinley, mencecah ketinggian hampir 6,200 meter (m) di Alaska, Amerika Syarikat (AS).

Menurut Taman Negara dan Pemeliharaan Denali, renjer taman menerima panggilan kecemasan pada malam Khamis melaporkan empat pendaki gunung itu terjatuh semasa pendakian berhampiran Denali Pass.

Kemalangan dilaporkan berlaku pada ketinggian lebih 5,500 m.

Baki tiga anggota kumpulan itu pada mulanya merawat pendaki yang terjatuh sebelum kembali ke kem pada ketinggian sekitar 5,100 m. – Bernama

 

 

 

 

 

Scroll to Top