Aktiviti harian dalam talian, buka ruang risiko tanpa sedar

Aktiviti harian dalam talian, buka ruang risiko tanpa sedar

DALAM satu saat yang kelihatan tidak penting, sama ada menjawab panggilan, membuka pautan atau mempercayai mesej yang diterima, ia sudah cukup untuk menukar rutin harian biasa menjadi ruang kepada risiko penipuan digital.

Tanpa sebarang amaran atau tanda yang jelas, ancaman siber hari ini semakin licik menyusup masuk ke dalam kehidupan digital pengguna yang kini hampir sepenuhnya bergantung kepada sambungan dalam talian.

Daripada urusan kerja, komunikasi harian hingga transaksi kewangan, hampir semua aktiviti kini dilakukan hanya di hujung jari. 

Kemudahan ini mempercepatkan kehidupan moden, namun pada masa yang sama ia turut membuka ruang lebih luas kepada risiko siber yang semakin sukar dikesan.

Ancaman siber kini sebahagian rutin harian

Penipuan digital hari ini tidak lagi muncul dalam bentuk yang mudah dikesan. 

Sebaliknya, ia semakin canggih dengan menyamar sebagai mesej rasmi, notifikasi penghantaran atau komunikasi daripada institusi dipercayai sehingga sukar dibezakan daripada yang sebenar.

Antara taktik yang digunakan termasuk SMS atau pautan phishing yang kelihatan sah, laman web palsu yang meniru platform rasmi serta panggilan suara daripada individu yang menyamar sebagai pihak bank atau agensi tertentu untuk memperdaya pengguna.

Lebih membimbangkan, serangan ini sering berlaku ketika pengguna sedang melalui rutin harian biasa, ketika tahap kewaspadaan rendah dan semakan terhadap kesahihan maklumat tidak dilakukan secara teliti.

Kebergantungan tinggi kepada telefon pintar sebagai pusat utama aktiviti digital turut menjadikannya antara titik paling mudah terdedah kepada ancaman sekiranya tidak disokong oleh perlindungan keselamatan yang kukuh di peringkat rangkaian.

Perlindungan ULTRA Security U Mobile

Aktiviti harian dalam talian, buka ruang risiko tanpa sedar

Bagi menangani risiko ini, ULTRA Security daripada U Mobile diperkenalkan sebagai ciri keselamatan bersepadu di peringkat rangkaian ULTRA5G. 

Ia berfungsi secara automatik tanpa memerlukan sebarang aplikasi tambahan atau tetapan manual daripada pengguna.

Ciri ini ditawarkan secara percuma dalam semua pelan ULTRA5G prabayar dan pascabayar terpilih, menjadikannya lapisan perlindungan asas yang menyaring ancaman sebelum ia sampai ke peranti pengguna.

Ini merangkumi perlindungan daripada SMS phishing, panggilan suara penipuan (scam) dan akses ke laman web yang berisiko.

Bagi pelanggan ULTRA Postpaid dan Family Plan, perlindungan tambahan ULTRA Security Pro turut ditawarkan.

Langganan tambahan ini merangkumi manfaat lebih luas seperti perlindungan identiti, keselamatan peranti, serta insurans siber yang mana fungsi tambahan ini tidak tersedia untuk pengguna prabayar.

Lebih menarik, pelanggan pelan terpilih juga boleh menikmati ULTRA Security Pro secara percuma untuk tempoh tiga bulan sebelum langganan bulanan RM5 dikenakan.

Sambil dilindungi sistem keselamatan, pengguna turut disokong rangkaian ULTRA5G yang menawarkan kelajuan sekitar 500 hingga 1000 Mbps di kawasan liputan terpilih.

Kesedaran kekal kunci utama keselamatan digital

Walaupun rangkaian kini lebih pintar dengan teknologi seperti AI untuk mengesan ancaman, kewaspadaan pengguna tetap menjadi benteng utama. 

Satu detik kecuaian memadai untuk membuka ruang kepada risiko yang lebih besar.

Sehubungan itu, kewaspadaan pengguna kekal menjadi benteng utama khususnya dalam menilai sebarang mesej, pautan atau panggilan yang diterima walaupun ia kelihatan sah dan meyakinkan.

Orang ramai berpeluang merasai sendiri pengalaman rangkaian selamat ini melalui Free eSIM Trial ULTRA5G. 

Cubaan percuma ini menawarkan data 10GB selama tujuh hari, membolehkan pengguna baru merasai sendiri kelajuan dan perlindungan “always-on security” U Mobile.

Bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai revolusi digital ini, layari laman sesawang U Mobile.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top