Pempengaruh, Marissa Dania Hakim berkongsi aktiviti yang dilaluinya pada hari raya korban baru-baru ini.
Seperti biasa, dia bermula dengan solat sunat Aidiladha di Masjid Wilayah Persekutuan sebelum ke Keramat untuk melihat sembelihan lembu korban.
Kemudian Marissa ke rumah ibunya, Abby Abadi dan pulang pada waktu Zohor. Apa yang menyentuh hati ramai apabila Marissa sempat menziarahi pusara anaknya.
Kata Marissa, jika anaknya hidup usianya sudah menjangkau setahun 6 bulan sekarang. Pada Ogos 2024, Marissa dan suaminya, Aslam kehilangan anak sulung mereka yang dilahirkan secara pramatang ketika kandungan 6 bulan.
Dah petang sikit barulah pergi ziarah anak syurga saya. Kalau ikutkan dia dah setahun enam bulan dah sekarang.
Di ruangan komen, netizen meninggalkan kata-kata semangat buat Marissa Dania supaya tabah dan kuat.
Pssttt! Cepatnya masa berlalu. Semoga ibu-ibu yang kehilangan anak ditabahkan hati dalam melalui dugaan ini. Al-fatihah.
Kredit: TikTok Marissa Dania
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.




